[ME2]Menghadapi Versi ke-2 eRepublik

Day 939, 06:00 Published in Malaysia Malaysia by SatoshiTomiie
Persediaan-persediaan yang boleh dilakukan

Seperti yang dimaklumkan oleh Pengendali Permainan (Admin) eRepublik di dalam kenyataan rasminya 5 hari yang lepas, dalam masa terdekat ini dan sudah semakin suntuk ini, masih ada kesempatan yang dapat dilakukan terutamanya dalam beberapa perkara seperti yang berikut:

1.Kemahiran Ekonomi
Gabungan ketiga-tiga kemahiran ini menghasilkan satu jumlah. Contoh, anda mempunyai 3 mata dalam pembuatan(manufacturing), 2 mata dalam hasil bumi(land), dan 7 mata dalam pembinaan (construction) , jadi jumlah kesemua ini adalah 12 mata. Dalam modul baru diperuntukkan kepada anda 12 mata ini untuk diagihkan kepada mana-mana kemahiran yang anda mahu sama ada satu kemahiran sahaja, gabungan dua atau tiga dan seterusnya.

Persediaan ini khas buat para pemain yang masih belum atau mempunyai mata dibawah 0.5 dalam mana-mana antara ketiga-tiga kemahiran yang diperuntukkan. Pertama, jika anda mempunyai kosong mata dalam mana-mana kemahiran yang diperuntukkan, anda dinasihatkan untuk menaikkan kemahiran yang masih 0 mata itu kerana:

Kemahiran Semasa | Kenaikkan | Hari
antara 0 dan 1 | 0.50 | 2
antara 1 dan 2 | 0.25 | 6
antara 2 dan 3 | 0.10 | 16
antara 3 dan 4 | 0.05 | 36
4 dan ke atas | 0.02 | -

*disebabkan masa yang semakin suntuk (maaf kerana lambat mengeluarkan artikel ini)

Jadi, dinasihatkan anda bekerja di lapangan/bidang kemahiran anda yang masih rendah sementelah masih mempunyai masa. Sekurang-kurangnya anda bekerja selama 2 hari/capai 1 mata kemahiran di mana-mana lapangan anda yang masih kosong kerana gandaan yang diberikan adalah lumayan (0.50 lebih banyak dari 0.02). Pendek kata, penuhkan kemahiran yang masih rendah mengikut kemampuan anda.

2.Kekuatan Ketenteraan
Tidak banyak yang anda lakukan kerana ini bergantung kepada kemampuan anda untuk membeli emas dan menggunakannya secara terus-menerus.

3.Syarikat
Terdapat beberapa perubahan yang dilakukan pada versi ini terhadap hasil bumi (raw material) dari segi penambahan hasil bumi yang baru dan juga produk baru seperti yang dimaklumkan.

4.Stok
Semua stok akan dipindahkan ke versi baru KECUALI hadiah. Hadiah perlulah dihabiskan/digunakan sebelum pelancaran versi baru eRepublik atau akan hilang begitu sahaja dalam simpanan anda. Stok hadiah akan ditukarkan kepada stok helikopter mengikut perkadaran 10 Hadiah = 1 helikopter mengikut kadar kualitinya sekali (Quality). Stok-stok lain akan dipindahkan seperti biasa sama ada secara langsung atau tidak langsung.

5.Daerah
Tidak banyak perubahan yang dilakukan dalam versi baru, dimana sumber-sumber bumi yang diperuntukkan di daerah yang ada sekarang masih digunakan dalam versi baru. Hanya terdapat perubahan pada sumber bumi berlian yang akan ditukarkan kepada titanium dan kayu ditukarkan kepada batu! Kiranya sebelum ini kita duduk/menginap dalam rumah kayu, tradisional ye kita 😛. Mungkin perubahan kayu kepada batu akan mewujukan pencakar-pencakar langit yang hebat-hebat.haha.

Sekian, maaf tiada banyak ulasan kerana agak sibuk dengan sumbangan kebajikan kepada pemain-pamain yang kurang sihat dan baru.

ST
me2bestudio Holdings
"Vote&Subs" if you think am worthy