[ME2] Memperkukuhkan Ekonomi | Strengthen Economy

Day 945, 06:20 Published in Malaysia Malaysia by SatoshiTomiie
-Bahagian Pertama-

Di sini saya tidak akan membincangkan perkara-perkara yang rumit dan formula-formula ekonomi dengan anda semua dan setengah dari anda sudah pun mahir dan menjadi pelopor yang berjaya. Ini semua hanya dari pandangan saya berdasarkan apa yang saya alami dan analisis dan anda bebas memberi sebarang komen 🙂

Pada dasar sesebuah ekonomi dalam eNagara di dalam eErepublik sama seperti di dunia sebenar iaitu semuanya bergantung kepada permintaan dan pengeluaran. Perkara asas yang yang sentiasa diperlukan adalah tahap kesihatan yang ditetap Pengendali Permainan ini untuk sentiasa menurun dan memerlukan ia dijaga dengan konsisten. Jadi makanan dan hadiah adalah 2 produk asas untuk terus kekal dalam permainan ini (tiada hadiah dalam v2).

Harga makanan dan hadiah serta rumah (haidah-sampingan tapi tetap penting) menjadi aras untuk menentukan kestabilan ekonomi (pengunaan) di sesebuah eNegara kerana ia diperlukan setiap 24 jam. Jika harga makanan lebih tinggi dari pendapatan dan lebihan pendapatan, ini menunjukkan ianya rapuh. Pada pandangan saya, letak duduk lebihan pendapatan adalah:

Makanan dan Hadiah (rumah kemudian)

Pendapatan bersih = Gaji - Harga makanan/hadiah (tahap kesihatan > 93)

Jika tahap pendapatan bersih mempunyai peratusan sehingga 40% dari gaji, ini secara tidak langsung memberi kelebihan untuk penambahbaikkan Inflasi (deflasi bertambah | disesuaikan dengan eksport ke luar negara) sesebuah eNegara. (tidak termasuk pengunaan produk yang lain | jika ditambah dengan pengunaan produk yang lain ianya lebih bagus )

"Pendapatan saya tidak mampu menyara tahap kesihatan saya dan semakin rendah setiap hari..bantulah saya.."

-data dari me2bestudio Holdings merangkap badan kebajikan swasta-

Untuk menyelamatkan para pemain baru dari masalah ini, harga bahan keperluan asas ini perlulah dikawal dengan harga yang rendah dari gaji terutama oleh pengusaha-pengusaha syarikat makanan (dari kualiti 1 hingga 5). Secara automaik, harga produk-produk yang lain akan turun berdasarkan permintaan yang tinggi hasil dari lebihan gaji yang ditolak dengan harga keperluan asas tersebut. Syarikat berkaitan kerajaan memainkan aspek penting dalam hal ini, dimana saya lihat tiada pegangan kukuh dipasaran (GLC yang ada hanya syarikat kualiti rendah dan harga yang tidak mampu dikawal) dan kecenderungan pemain membeli produk termurah adalah 99.9% (tak tahulah kalau ada pemain sanggup beli mahal dari harga terendah yang ditawarkan).

Dengan memberi lebihan pendapatan sebenar setelah harga makanan/hadiah sehingga 40% (sudah semestinya memberi kenaikan tahap kesihatan setiap hari, bukan menurun ya! ), ini mampu menjana ekonomi negara (semestinya dengan membeli produk dari syarikat tempatan). Ramai pemain baru meninggalkan permainan/negara ini sebagai salah satu faktor tidak mampu menyara hidup.

Kesimpulan:
Lebih banyak perbezaan nilai antara Gaji dengan Keperluan Asas (1.Makanan 2.Hadiah 3. Rumah), lebih bagus untuk ekonomi negara.

"Rakyat sihat negara maju"

-kekurangan data sebenar dari eNegara yang ditujukan..

======================================== ================================
-Part One-

Here I'll not discuss matters and complex economic formulas with you and some of you already skilled and successful pioneers. This is all just my views based on what I experienced and analyzed and you are free to comment🙂

At the base of an economy in eCountry in eErepublik same as in the real world is all on demand and production. Basic things that are needed is to maintain wellness (this game set to lower down you wellness) and the need of it to be taken care of consistently. So, food and gifts are two basic product to remain in the game for wellness (there's no gift in v2)

Prices of food and gifts and home (gift-side, but still important) to determine the level of economic stability (use/consumption) in a eCountry because it required every 24 hours. If food prices higher than the income and surplus income, this indicates that it is fragile. In my opinion, the standpoint surplus income is:

Food and Gifts (home comes later)

Net Income = Salary - Prices of food / gifts (health> 93)

If the level of net income up to 40% of salary, this indirect excess money will advantage for the improvement of inflation (deflation increases | adapted by exports to other countries) of a country. (Not including the use of other products | when coupled with the use of other products it is good)

"My income is not able to support my health and getting lower every day .. help me .."

data from private me2bestudio Holdings as a private welfare charity

To save the new players from these problems, the prices of these basic requirements should be controlled with low prices or vice-versa with the salaries, especially by companies of foods sector (from the quality of one to five). This will result in the price of other products which will come down on demand from the salary minus from the basic eLife needed. Government-linked companies (GLCs) play an important role in this matter, which I see no strong strings to pull on market prices (only the low quality and price can not be controlled) and the tendency of players to buy the cheapest product is 99.9% (i dunno if somebody is willing to buy expensive products from the lowest offered).

With the excess of actual income after the price of food / gifts up to 40% (of course in terms of getting better wellness), this capable of generating one's economy (need to buy products from local companies). Many new players leaving the game or the eCountry as one of the factors that they are not able to make a living.

Conclusion:
The higher differences between salary and basic needed (1.Food 2.Gift 3.House) the better for the improvement of the economy.

"Rakyat sihat negara maju"

-Lack of data from eCountry intended to (writing for) ..

ST
me2bestudio Holdings
"Vote&Subs" if you think am worthy