[eMY] - Bahagia Rasa

Day 4,523, 06:39 Published in Malaysia Malaysia by JUJAI23

Salam Cium Tangan

Maka berbahagialah seluruh rakyat eMalaysia selepas satu demi satu pembangun nasional bangkit dari eDead dan bersedialah pula ia menabur bakti di dalam negeri. Tidak kurang pingat perhargaan di baju - baju mereka (profile). Berkata sahaya dalam hati, ini semua orang besar, maka berbahagialah seluruh rakyat eMalaysia.

Dengan itu, Saya petik kata - kata pejuang ulung dari negeri kelahiran saya, Melaka iaitu Syed Syeikh al-Hadi.


Wahai sekalian ikhwan timur yang sedang lenyak di dalam tidurnya, wahai sekalian saudara kami yang sedang lena bersedap-sedap di dalam keelokan mimpinya. Memadalah. memadalah. Memadalah tidurmu itu kerana telah melampaui sangatlah sudah daripada sempadan mengambil kesenangan badan dan hampir-hampirlah pula masuk kamu kepada bilangan pingsan atau orang mati yang bernafas. Bangunlah segera. Sapulah mata daripada bekas tidur yang membunuh itu.” (Al-Ikhwan, penggal 1, jil. 1, 16 september 1926)


Masa depan di tangan kita..