CerekaLama - Kawan

Day 4,543, 07:20 Published in Malaysia Malaysia by JUJAI23

Ramadhan Kareem

Salam eRakyat Malaysia, kita baru sahaja tamat kempen pemilihan Congress. Bagi meregangkan suasana politik tanah air, kerajaan telah mengadakan Pertandingan Sayembara Penulisan. Usaha ini sangatlah molek dan bertepatan. Bagi mereka yang baru mengenali saya, anda mungkin mengenali saya sebagai Presiden Parti PATRIOT. Tetapi tahukah anda, saya sebelum ini banyak menulis siri Cerekarama dan Cerita pendek. Antara karya yang boleh anda lawati adalah seperti;

Mari Memasak
Gua, Babi, dan Beruang
Gua Sebenarnya Power
Cerita Aku Lagi
Ku Nak Jadi SPRM
Member dah Menikah
Puaka Dapat Dikesan Sejak Kecil

Cerekarama - Mendidik Basri Nordin 1 , episod 2 dan Akhir

Oleh itu, bagi menyambut seruan kerajaan, saya turut serta menghantar cereka ini.

Pernah tak korang waktu merayau2 mencari informasi terkini di FB terjumpe seorang kenalan lama, contohnya namanya Lan. Lan ni dulu mase kecik2 punya la jahat. semua benda jahat die buat. Die lagi jahat dari majin buu dan lagi keji dari mona fendi. Mungkin umur 12 tahun die dh kehilangan terunanya. Kalau ade moto, basikal, duit, tabung, besi buruk, selipar sape2 yg hilang mesti Lan akan jadi suspek utama.. punyela jahat dan ditakuti sampai kalau ade budak2 yg menangis mlm2 akan segera diam bile mak bapak sebut "shhh,senyap..kang Lan datang kang"..

Dan skrg Lan yg jahat itu telah bertukar profesion.. Menjadi seorang cikgu. yaa,cikgu.. puas aku lempang pipi kiri kanan dan ternyata ia bkn mimpi.. utk sedapkan hati, korang pun berkata pada diri sndiri yang mungkin Lan jadi cikgu sbb guna kabel kot. atau pon dia kidnap anak pengarah jabatan pendidikan utk dptkan jawatan itu..

Lepastu pulak waktu keluar, terjumpe sorang lagi rakan.. yg mempunyai susuk wajah paling tidak menawan.. bkn kita yang kata, ramai org yang kata die memang TAK hensem.. sape2 yg rase diri x hensem tu kalau berdiri sebelah kawan kita tu mesti nampak die macam Johnny Depp dan kwn kita itu plak mcm makhluk dari Marikh..

Tapi ada seorang gadis berada di sampingnya.. Badan mcm heidi klum.. Muka pon mcm heidi klum.. ntah2 mmg heidi klum.."what the hell is going on!!",jerit hati kita dlm bahasa omputih.. x logik, x padan, x relevan.. rase nk jirus pompuan 2 dgn air panas bagi dia sedar sket.. Kita pun xtau dah macam mane nk sedapkan hati ini...


Kesimpulannya .......... Sila komen diruangan bawah ini