[Cerekarama] - Password

Day 4,707, 19:18 Published in Malaysia Malaysia by JUJAI23

Sebelum entri ni ditulis, aku mempunyai satu masalah besar. Lupa password twitter. Dan sebagai seorang yang ego, aku tidak menekan langsung button "need help?". Aku pegang teguh bahawa bantuan hanya untuk orang yang lemah. Jadi aku cuba meneka apa password yang aku pernah gunakan. Dari nama singkatan, nama bekas makwe, nama gabungan nama singkatan dan nama bekas makwe, objek, tajuk filem kegemaran dan banyak lagi nama, semuanya gagal.

Anak anjing punya password.

Akhirnya, aku berjaya jugak masuk. Janganlah tanya bagaimana cara aku dapat mengingati password tersebut. Hati aku mungkin terguris. Lagipun, orang tua tua kata, tak elok kalau ego sangat.

Jadi, begitulah kisah aku dan password Twitter.

solidariti buat ego yang tewas. Salam takzim