Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda suram.

Day 4,500, 02:14 Published in Malaysia Malaysia by Awang

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam.

Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama... lebih dari lima minit tak seorang pun berani membuka mulut.Masing-masing terpaku melihat Wingman Hamallee terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak-gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir tujuh minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan di kelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata. Kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang ke arah lain kerana tak sanggup melihat airmatanya gugur.

Wingman Hamallee bertanya… sempat tak jumpa jumpa geng MAHO lagi sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan slanga Johor semakin pekat.

mhifzan: Sempat untuk raya ni.

Trump: Untuk keahlian MAHO ni dah kira ke elaunnya?

mhifzan: Dalam proses ex CP eMy.

Hamallee: Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat tambah ahli MAHO tu.

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Hamallee mencarik tisu di atas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Hamallee menangis lagi??Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangannya kena perbaiki kerosakan yang dibuat oleh PTOer, sebelah tangannya lagi perlu mengatur langkah untuk menghadapi geng yg risau tentang wabak sambil makan McD di Midvalley, Geng Tupperware, dan Penyeludup Megi yang menaikkan harga ekoran susah untuk mendapatkan stok megi buat masa sekarang.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi aktif balik di eRepublik, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Make eMalaysia Great Again.