Wahai eMalaysia! Bangkitlah dari tidurmu!

Day 5,465, 23:08 Published in Malaysia Malaysia by Leo Shinji


Di sebalik keinginan penulis untuk sama-sama membangkitkan kemeriahan di dunia maya ini dengan menyertai pertandingan menulis artikel yang sedang dikelolakan oleh mantan CP kita iaitu Tun Malar Plainstrider, terselit juga rasa kegusaran terhadap situasi eMalaysia ketika ini di mana kebanyakan rakyat jelata lebih tega memilih untuk bertenang di jalan yang terang dan bersembunyi di alam sebalik mata merebahkan jasad di kamar yang gelap sambil menahan nafsu dan emosi dari terjerumus ke lembah keghairahan yang begitu dahsyat yang diumpan oleh Mat Pelatok bak perangkap besi berceracak tajam menanti mangsa yang mudah terpedaya dihasut oleh syaitan durjana dewata raya jejak wira peringkat 7 Hikmat Kebal Loceng Emas. Mampukah Harimau Hitam menewaskan musuh ketatnya yang dahulunya merupakan sahabat karibnya iaitu Naga Merah walaupun cuba dihalang oleh Phoenix, gadis ayu yang juga sahabat karib mereka dan menjadi rebutan mereka berdua? Adakah Tiger Wong akan mengikuti jejak Dragon Long untuk mempelajari gaya 92 Tinju Bayang Harimau & Burung Botak Tendangan Penyapu Waja? Sama-sama kita tunggu dan saksikan pada episod yang tak mungkin akan datang di waktu yang tidak mengizinkan.




Akhir kata, membaca itu amalan mulia tetapi lebih mulia andai berserta kata namun tidaklah ia dimaksud berisi nista cuma janganlah ia langsung tiada bicara kerana ianya umpama salam dihulur namun tiada endahnya.