Status Neutral dan Perang Dunia Keempat

Day 716, 01:14 Published in Malaysia Malaysia by Awang

Assalammualaikum dan salam sejahtera tak lupa juga salam satu Malaysia buat warga erepublik.

Baru-baru ini, negara kita terpaksa terlibat dengan Perang Dunia Keempat kerana kita terikat dengan negara-negara lain melalui Sol War atau lebih kenali sebagai latihan peperangan. Hal tersebut telah menyebabkan status Neutral negara sebagai negara Neutral tergugat apabila ada sebahagian rakyat eMalaysia yang berperang dalam perang dunia Ke-4 yang sedang berlaku sekarang ini. Hal ini tidak dapat di elakkan kerana kerajaan eMalaysia tidak boleh memutuskan hubungan dengan negara-negara yang sedang berperang kerana hal ini dapat merugikan negara.

Buat pengetahuan saudara yang belum tahu, untuk membuat allies atau perikatan dengan negara-negara lain, negara kita perlu mengeluarkan 100 gold. Saya ingin mengucapkan tahniah buat kerajaan dan ahli kabinetnya yang telah berjaya mengelakkan Malaysia daripada menyerang negara lain. Selain itu , tahniah juga kepada para pejuang negara yang telah berjaya mempertahankan negara dari di pecah belah melalui Resistance War ataupun perang untuk kemerdekaan.

Walaubagaimanapun negara kita seharusnya mengekalkan status negara kita sebagai Neutral dan kita akan selamat selagi kita tidak bermusuhan dengan negara lain .

Sekian