PTO: Kau tahu ke Gardenia tu sedap?

Day 4,513, 08:48 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman

Roti sandwich sangat digemari di kalangan masyarakat kita oleh kerana rasanya yang sedap dan sangat mengenyangkan di samping memenuhi zat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Ia terdiri dari roti sebagai sumber karbohidrat, telur atau lain-lain sebagai sumber protein dan sayuran salad sebagai sumber serat dan vitamin.

Terdapat pelbagai jenis sandwich yang boleh disediakan. Antaranya, sandwich sardin, sandwich telur, sandwich ayam dan sandwich seafood. Semuanya boleh diolah resepi untuk menjadikan ia menu yang sedap dan berkhasiat untuk dimakan. Sandwich masyarakat kita biasanya dipotong bentuk segitiga atau segiempat untuk menjadikan nama uniknya adalah SANDWICH. Hihi

Biasa kalau kita makan di Subway, terdapat pelbagai jenis roti, salad, sos dan topping untuk kita pilih. Kebanyakannya sangat sedap dan mengenyangkan. Namun, harganya tidak pula seenak rasa sandwichnya. Jadi, lebih baik untuk kita cuba buat sendiri untuk lebih menjimatkan duit kita di samping menyediakan menu yang sihat dan sedap buat keluarga kita.