Permainan

Day 4,865, 07:34 Published in Malaysia Malaysia by Awang

Penulisan kali ini ditulis dengan menggunakan telefon jadi mungkin terhad dan tiada imej gambar. Maklumlah bukan penulisan tersohor.Penulisan ini berkisar tentang suatu cerita. Entah cerita apa yang ingin dinukilkan mungkin sekadar cebisan yamg berada di minda penulis.

Cerita 1
Kelihatan cahaya matahari mula menerangi muka Bumi ini. Kelihatan dua orang pemuda sedang bermain ditepi sebuah pokok. Dari jauh kelihatan seperti sosok yang berumur dalam linngkungan belasan tahun melihatkan dari belakang tubuh mereka. Kedengaran suara "Wahhh, aku menang lagi ni Radzi. Kau asyik kalah je ni" dari salah seorang pemuda yang memakai baju berwarna kuning. Manakala seorang lagi riak wajahnya kelihatan pasrah menerima kekalahan tersebut. Radzi menggelengkan kepala seraya berkata "Sin, sin asyik kau je yang menang, bagilah peluang dekat aku pula". Hussin cuma membalas "ahhh, kalau kau nak menang, buatlah betul-betul". Pening Radzi memikirkan apakah strategi yang terbaik dan ulung untuk dia mengalahkan Hussin dalam permainan tersebut.

Permainan itu dinamakan "PACANGGA" yang melibatkan dua orang pemain. Setiap pemain akan mempunyai beberapa buah yang boleh digunakan. Permainan ini telah diperkenalkan suatu masa dahulu orang dua orang anak muda yang mengembara sekeliling dunia. Mereka mahu mencipta satu permainan yang dapat dimainkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan ras etnik. Mereka berfikir, pada kebiasaannya orang akan bermain permainan kad ataupun papan permainan. Mereka cuba menggabungkan kedua elemen tersebut dalam satu permainan. Mana - mana pemain yang mendapat mata tertinggi akan jadi pemenang permainan itu. Itulah antara salah satu helaian muka surat cara bermain permainan tersebut dibaca oleh Radzi.

Radzi masih teringat, dia antara yang terawal yang memperkenalkan permainan ini pada Hussin. Pada awal permainan dahulu, Radzi dapat mengalahkan Hussin dalam beberapa pusingan sahaja tapi situasi sudah berubah sekarang. Hussin sudah mula mahir dan menggunakan strategi untuk bermain permainan tersebut. Hussin merasakan permainan tersebut perlu dimainkan secara serius bukan secara sap sap soi terus menang. Setelah melihat riak wajah temannya yang mula menjadi sugul kerana asyik kalah dalam permainan itu. Hussin menawarkan Radzi untuk bermain semula permainan tersebut tapi dengan langkah yang lain.

Hussin bertanya kepada Radzi "Kau tahu tak kenapa kita main permainan ni? kau ingat tak masa mula-mula dulu kau ajar aku dua tiga perkara. Kau beritahu aku perlu untuk aku fahami dulu selok belok permainan sebelum mula bermain". Hussin mengeluarkan sebuah buku dari beg yang berdekatan dengan tempat dia duduk dan memberikan pada Radzi. Dibuku itu tertera "10 Cara untuk memenangi Pacangga".

Radzi mulai bingung memerhatikan tingkah laku Hussin. "Kiranya kau nak bagi aku buku ini supaya aku menang melawan kau?". Lalu Hussin menjawab "Aku cuma mahu teman permainan dan aku suka kau menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.

Sekian


Sedang cuba memperbaiki gaya penulisan.
Awang