Perjuangan yang Belum Selesai

Day 1,003, 14:26 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman

Istilah 'negara' merujuk kepada sebuah unit politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab serta kuasa untuk menjalankan pemerintahannya sendiri. Negara berfungsi sebagai perantaraan antara pemerintah dengan masyarakat.

Bagi membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.

Bagi membina negara bangsa ini, nilai-nilai kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam setiap sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum bagi memperjuangkan keamanan dan mencapai matlamat wawasan 2020 sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Walau bagaimanapun bukan mudah untuk membentuk Malaysia sebagai negara bangsa. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan harus konsisten bagi memastikan pembentukan negara bangsa Malaysia tercapai dan menuju ke arah negara maju.

Sepertimana yang kita tahu, kemerdekaan menjelang lagi. Kali ini usia kemerdekaan itu akan bertambah setahun lagi. Begitulah keadaannya di masa masa yang akan datang. Jangka masa itu akan terus berlaku dan berlang sung dalam sebuah persekitaran sela gi kita masih hidup dan masa itu tidak pernah berpatah balik. Tetapi keadaan dan diri kita boleh berpatah balik kalau kita tidak mahu menggerakkan diri kita bersama putaran masa itu. Erti sebuah kemerdekaan itu telah banyak diper katakan orang. Bermula daripada per juangan untuk mendapatkan kemer dekaan hinggalah kepada pengisian sebuah kemerdekaan, semuanya telah jelas dan selalu diperkatakan orang setiap masa.

Tanyalah siapa pun di RL Malaysia, pasti mereka tahu bahawa persekitarannya hari ini sudah pun merdeka. Generasi demi generasi menyambut nya. Bersilih ganti. Malah setiap waraganegara tahu dan turut serta merai kan kemerdekaan negara sebagai satu simbolik kemerdekaan dirinya. Tidakkah anda semua mahu eMalaysia juga merdeka dari penjajahan Serbia??

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memerdekakan eMalaysia dari cengkaman puak Serbia Laknatullah. Saya berharap agar rakyat sedar bahawa undi anda amatlah penting pada pilihanraya kali ini. Undi anda penting kerana ianya akan memerdekakan eMalaysia. Sebelum mengundi, tanyalah pada President Party anda untuk mengetahui siapakah yang patut anda undi.
Jangan beri peluang kepada eSerb menang lagi. Undi anda begitu berharga buat eMalaysia.


UNDILAH SAYA

NAma Calon: Wingman Hamallee
PArti : F.T.F.F Party
Slogan: No Mercy




SALAM KASIH MESRA
Wingman Hamallee
Calon Pilihanraya Kongress
Sesi Ogos 2010