LAWAK ASKAR DALAM HUTAN EREPUBLIK V2

Day 953, 07:55 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman

Alkisah.............

Buntak Dayung, CDV dan Mr Aleph (bukan nama sebenar), tersesat di dalam hutan sewaktu peperangan berlaku di sebuak hutan di eRep V2. Senasa mencari jalan keluar, mereka ditimpa malang kerana telah ditangkap oleh sekumpulan Zombie V2. Semasa dihadapkan ke hadapan ketua puak Zombie V2, ketua puak itu memberitahu. “Kamu semua akan kami masak dan dijadikan sup! Kamu boleh melepaskan diri jika kamu sedia menghadapi ujian dari kami. Jika kamu lulus, aku akan lepaskan kamu!”

“Tetapi sebelum ujian itu dijalankan, aku mahu kamu semua masuk kedalam hutan dan carikan aku 10 biji buah yang sama jenis setiap seorang dan hadapkan dihadapan aku. Boleh?”

Buntak, CDV dan Mr Aleph menjawab “Boleh tok!” secara serentak.

Dipendekkan cerita, mereka pun pergilah ke dalam hutan mencari buah tersebut dengan diawasi oleh beberapa Zombie V2. Takut takut mereka lari pula nanti.

Sejam kemudian, Mr Aleph kembali dengan membawa 10 biji manggis. Ketua Zombie V2 tersebut terus memberikan arahan, “Tanggalkan seluar kamu dan aku akan memasukkan buah ini dalam dubur kamu satu per satu. Muka kamu tidak boleh berkerut, tidak boleh menjerit atau mengerang. Kalau kamu ingkar, siap sedialah menjadi makanan kami malam ini!” tegas ketua tersebut.

Bermulalah sesi menyumbat buah manggis ke dalam dubur Mr Aleph. “SATU!!!” jerit puak Zombie tersebut. Belum sempat masuk sebiji, Mr Aleph sudah menjerit kesakitan. Lalu dia diikat dan diletak dalam kawah besar sebelum direbus menjadi sup.

5 minit kemudian, CDV pulang dengan 10 biji buah langsat. Kemudian ketua Zombie tersebut menerangkan perkara yang sama kepada CDV. CDV dengan selamba membuka seluar dan memasukkan buah langsat tersebut tanpa ada masalah. Yela kan, buah langsat kan kecil nak dibandingkan dengan buah manggis.

Dari jauh kedengaran zombie berteriak “SATU!! DUA!! TIGA!! EMPAT!! LIMA!! ENAM!! TUJUH!! LAPAN!! SEMBILAN!!”. Setelah tiba di kiraan sembilan, tiba tiba CDV tergelak besar!! Oh tidak!! Disaat-saat akhir pembebasan, CDV telah tergelak dan melanggar perintah ketua Zombie tadi. CDV juga diikat dan diletak bersama dengan Mr Aleph di dalam kawah tadi.

“Hoi CDV!! Kau dah nak lepas tadi. Kenapa kau gelak?! Kau gila ka?!!” marah Mr Aleph pada CDV.

Jawab CDV, “Aku tak boleh tahan la Mr Aleph… tengah aku relaks sumbat buah langsat tu, tiba tiba aku Nampak Buntak bawak balik 10 biji durian. Tak percaya, cuba kau tengok sana!!” sambung CDV sambil menunjuk ke arah Buntak yang ditemani beberapa orang Zombie sedang termengah mengah menjinjing 10 biji durian!!!

Cerita ini adalah sekadar rekaan... tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati...

p/s: Buntak, CDV, Mr. Aleph jangan marah ye.... hehehehehehe