Hadiah percuma untuk anda rakyat eMalaysia

Day 5,567, 00:19 Published in Malaysia Malaysia by Leo Shinji


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakyat eMalaysia yang dihormati sekalian.

Di sini saya ingin meluangkan masa untuk memberi sedikit sumbangan makanan dan senjata kepada setiap komen yang ditinggalkan oleh anda semua di dalam artikel ini sempena saya dibaiah sebagai Legend eMalaysia tetapi ianya tertakluk dengan syarat bahawasanya anda wajib berwarganegara eMalaysia, akil baligh dan sudah berkhatan. Jika masih belum berkhatan, anda disarankan untuk mendaftarkan diri untuk majlis berkhatan terlebih dahulu dan setelah majlis selesai, barulah sumbangan akan disalurkan kepada anda. Sumbangan juga tertakluk kepada satu rakyat, satu komen sahaja berdasarkan komen pertama yang diberikan. Jika seseorang rakyat memberi lebih daripada satu komen, maka komen berikutnya tidak akan dikira dan rakyat tersebut tidak akan menerima sumbangan seterusnya. Komen juga hendaklah berbentuk positif seperti puji-pujian, doa, ucapan selamat dan sewaktu dengannya. Sebarang komen negatif tidak akan dilayan, sebaliknya akan direkod dan diberikan mata demerit. Rakyat yang didapati memberikan komen-komen negatif juga secara automatik akan didaftarkan ke majlis berkhatan untuk kali kedua.

Dengan ini, majlis dengan rasminya mempersilakan anda semua rakyat eMalaysia untuk memulakan aktiviti puji-pujian kepada saya, hamba yang lemah tetapi comel ini.