(Pilihanraya Presiden) Patriot Tarik Diri dan Berkecuali

Day 4,793, 19:18 Published in Malaysia Malaysia by Leo Shinji

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga eMy khususnya kepada ahli-ahli parti Patriot yang dikasihi.

Saya selaku Presiden Parti Patriot (PATRIOT) dengan ini mengumumkan penarikan diri daripada bertanding untuk Pilihanraya Presiden bagi penggal Januari 2021 dan seterusnya memaklumkan bahawa Patriot akan mengambil pendekatan berkecuali dan tidak menyokong mana-mana parti yang akan bertanding.

Walaubagaimanapun, saya tidak akan menolak kerjasama untuk membentuk kerajaan campuran setelah berakhirnya pilihanraya presiden kerana Patriot mempunyai majoriti ahli didalam dewan kongres dimana umum telah mengetahui bahawa sesebuah kerajaan layak dibentuk jika mendapat mandat 2/3 dari ahli dewan kongres.

Dengan ini saya harap semua ahli parti yang dikasihi kekal bertenang dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau propaganda sehingga boleh menjejaskan nama parti dan mengancam perpaduan dikalangan ahli parti.

Sekian, terima kasih.