Aku Seorang SHO

Day 4,848, 00:19 Published in Malaysia Malaysia by Noveras

Assalamualaikum dan salam satu eMalaysia.

Hari ni pak cik nak berkongsi serba sedikit berkenaan kerjaya pak cik di RL. Di RL, pak cik berkejaya sebagai seorang Safety and Health Officer (SHO) atau dalam bahasa Kebangsaannya adalah Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.


Kacakkan pak cik 😛

Di sini pak cik nak kabo siap - siap, SHO ni bukan kerja jaga ya sebab banyak orang terutama orang - orang kampung selalu ingat pak cik kerja jaga bila pak cik kabo pak cik bekerja sebagai seorang SHO, mulalah depa keluar ayat perli

"Belajar tinggi - tinggi tapi jadi jaga ja kat Selangor tu. Hang balik jelah kampung tu kilang kicap Ah Meng tu pun ada cari jaga."


Mulut orang - orang tua ni tajam pedih ooooo bila kena hahahaha 😎

Jadi apa tugas dan tanggungjawab sebagai seorang SHO? Kalau betul nak tengok dari segi teknikalnya boleh baca di Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Akta 514), didalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 – Peraturan 18.



Kalau nak baca dari buku akta tu mungkin orang yang bukan dalam bidang ni pening nak fahamlah kot so aku bagi ayat yang mudah untuk korang faham. So secara mudahnya seorang SHO mempunyai tugas untuk MENASIHATKAN majikan untuk menjalankan perniagaan mereka mengikut undang - undang yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kenapa majikan perlu dengar nasihat SHO? Supaya pekerja dapat bekerja dengan selamat, mudah saja konsep dia.

Jadi senanglah ye kerja SHO nikan? Takat mengarah je kerja dia hahaha. Realitinya tidaklah mudah. Banyak orang tak tahan dalam bidang ni end up tukar bidang sebab banyak tauke - tauke mana nak dengar cakap SHO sebab kalau boleh tauke nak jimat setiap sen dan SHO pula nak pastikan tempat kerja selamat akan minta tauke - tauke melabur duit bagi memastikan tempat kerja selamat.



Sama juga bila dealing dengan pekerja. Walaupun dah jadi mak bapak orang pun perangai macam budak - budak, buat kerja nak mudah dan cepat, keselamatan sendiri tak fikir tapi bila berlaku kemalangan, kedua - dua majikan dan pekerja akan salahkan SHO tak buat kerja hehehe.

Pak cik dah dalam bidang ni 5 tahun dah. Dalam 5 tahun ni, pak cik dah deal dengan
a. 1 kes kematian (kawan pak cik sendiri meninggal, terperosok bawah lori kontena T-T)

b. 1 kes kecederaan parah (ngeri boh tengok tulang tangan orang terkeluar)

c. banyak kali kes kecederaan ringan

d. 2 kes kebakaran di kilang

e. 1 kes letupan di kilang.

Dalam semua kes pak cik dah lalui ni, penyebab utamanya sama ja, iaitu majikan gagal melaburkan resources ke dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan pekerja buat kerja secara merbahaya sebab nak mudah dan cepat.

Jadi macam mana nak jadi SHO ni? Ada dua cara.

Cara Pertama
a. Dapatkan diploma atau ijazah dalam bidang "Occupational Safety and Health"(OSH) dari institusi yang di iktiraf oleh MQA dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP)

b. Selepas tamat pengajian, kena mempunyai 3 tahun pengalaman di dalam bidang OSH dan perlu kumpul dokumen selama 3 tahun sebagai bukti kita mempunyai pengalaman selama 3 tahun.

c. Selepas cukup 3 tahun, kena di interview oleh panel dari JKKP. Kalau lulus baru dapat lesen yang di berikan nama sebagai Greenbook (G😎 untuk bergelar sebagai SHO dan lesen ini perlulah di perbahurui setiap 3 tahun sekali.

Cara Kedua
a. Jalani kursus SHO yang mengambil masa 22 hari.

b. Lulus 3 ujian dan 1 interview dengan JKKP. 60% orang gagal di sesi interview JKKP.

c. Kena ada cukup 3 tahun pengalaman dalam bidang OSH.

d. Jika dah cukup syarat a,b dan c barulah layak dapat lesen GB dan sama juga seperti di atas, kena perbahurui setiap 3 tahun.

Ok, pak cik rasa takat tu je kot nak kongsi serba sedikit pasal kerja pak cik di RL. Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal kerjaya di dalam bidang OSH ni, leh tengok video yang pak cik buat beberapa bulan lepas. Ada dua bahagian.

Part 1
https://lnkd.in/gxWmErR

Part 2
https://lnkd.in/gNiTuMC