IWD2021 - Choose To Challenge

Day 4,856, 09:08 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman

Bertemu lagi kita dalam MAHO AWANI.

Bersempena dengan International Womens Day 2021, kami di MAHO Awani ingin merakamkan ucapan tahniah kepada CP eMY yang baru iaitu Cempaka Adalia.

Sambutan Hari Wanita Sedunia atau juga dikenali sebagai Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun bagi meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang. Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dilakukan dalam meraikannya.

Wanita samaada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.

Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan;
Pengorbanan wanita kita hormati,
Bangkit penuh dengan harapan.

Sedulang lauk sepinggan nasi,
Mari dimakan bersama teman;
Hargai wanita yang ada disisi,
Sungguh hebat jasa kalian.



Wingman Love Women