[GOV] Gerak Kerja Januari 2021

Day 4,799, 04:19 Published in Malaysia Malaysia by Prime Minister's Department
O F F I C I A L--- e M A L A Y S I A N --- G O V E R N M E N T

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan eAgong telah berkenan menerima cadangan Jemaah Kabinet yang telah diutarakan oleh CP eMalaysia Januari 2021 setelah keputusan pilihanraya CP election baru-baru ini.

CP eMalaysia : Awang
Prime Minister merangkap Naib Presiden – Dr4g0nX
Minister of Defense (MoD) – Leo Syahmessi
Minister of Foreign Affairs - Shaqeel AER
Minister of Education - Alex Firdaus

Pihak kerajaan eMalaysia ingin mengucapkan zillion terima kasih kepada mantan CP eMalaysia yang lepas nerzhu1 yang hampir mencapai 12 kali menjadi CP eMalaysia, cikgu Amli yang sentiasa mendidik kami (bukan ayat puji tapi memang betul banyak benda yang belajar), mantan MOD eMalaysia Rayleigh Silvers yang sentiasa alert dan menjaga battle air round 4,8 dan seterusnya yang menjadi idola para pilot di eMalaysia dan juga beberapa nama lain yang tak disebut.

Seterusnya kita pergi ke perancangan kerajaan eMalaysia untuk bulan ini, kita merancang tapi tak tentu lagi berjaya melaksanakan atau tidak.
Menerusi MOE- Pelbagai pertandingan dengan hadiah menarik akan diadakan, tak silap ada penulisan misteri.
Menerusi MoFA - Mungkin ada peluang-peluang baru untuk mengukuhkan hubungan bilateral dengan negara sedia ada yang kita adakan TW mahupun negara serantau.
Menerusi MOD - mungkin akan diadakan latihan peperangan untuk melatih koordinasi atau liga pilot/tank
Menerusi Jabatan Perdana Menteri / PM - Program subsidi kilang food Q2 akan cuba diadakan bagi rakyat eMalaysia divisyen 3 dan ke atas dapat mandiri.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Awang
CP eMalaysia 2021