Selamat Hari Raya Haji PKP

Day 4,989, 19:29 Published in Malaysia Indonesia by mhifzan

Berdirinya saya disini adalah untuk mengumumkan ESOK RAYA

Tahun lepas pada waktu ini, sudah PKPP, jd syarat masa itu dilonggarkan, maka dapat juga join Qurban lembu n kambing, melawat2 jiran sekeliling.

Tp malangnya, tahun ni tidak seperti tahun lepas. Keadaan kes tinggi yg x surut2 menjadikan hampir semua tempat masih PKP dan berkurung dirumah sahaja.

Rakyat masih berkurung tp kilang masih dibuka, tambahan varian baru dan kolongan anti vaksin ni tidak menjernihkan keadaan. Ditambah lg dgn menteri yg x perlu di sebut namanya yg menjadi punca penyumbang besar kes harian.

Adakah tahun hadapan kita masih akan berkurung juga?

Bila la kita akan bebas berjalan2 seperti sebelum pkp ni.