Nampak

Day 4,778, 16:31 Published in Malaysia Malaysia by Awang

Tiada bicara atau tulisan yang dapat gambarkan perasaan ketika ini. Adakah habis tinta di seluruh dunia untuk gambarkan perasaan ketika itu? Mungkin kosa kata belum lengkap untuk gambarkan perasaan ketika itu. Mungkin lidah berasa kelu untuk bercakap.

Berada dalam kemungkinan itu mudahkah? Ada juga menukarkan kemungkinan itu kepada soal untung dan rugi, jika kemungkinan untuk untung lebih tinggi tapi sewajarnya apa saja yang telah dilakukan, biarkan dan belajar supaya menjadi diri yang lebih baik dari semalam. Mungkin hari ini berpotensi untuk mendapatkan SH di side LOSE, mungkin esok tiada satupun SH tapi jika dah melakukan sebaiknya tak dapat pun ok pada saya.

Sekeping gambar dapat memberikan beribu tafsiran entah berjuta pada yang cuba untuk menafsirkan.

Itu adalah alam semesta di dalamnya merangkumi pelbagai makhluk, bentuk muka Bumi waima flora dan fauna. Benarkah? atau disebabkan saya tulis begitu jadi membawa maksud sebegitu ? Sebenarnya itu cumalah titik, ya tak lebih dan tak kurang daripada itu. Anda mahu memahami sebagai sistem suria sekalipun bukanlah saya dapat menghalang. Jika satu titik pun boleh berbeza pandangan inikan pula kelompok yang berlainan.

Perbezaan memang ada, persamaan juga ada kalau tak takkanlah 2+2 = 4.

Sekian.