Alahai Tak Habis2 Perang..
JUJAI23
Salam umat eMalaysia sekalian.. tahukah anda, saya jarang online sekarang? Tahukah anda, saya main erep bukan untuk berperang.. kenapa apabila kubuka laman sesawang yang memang dah bersawang ini deretan mission baru yang merepek dan old-fassioned mission yang diberi nafas busuk baru seperti lagu mazwan safwan yang sejak dari dulu mengarut. Sesungguhnya ku tak pernah hinggin pon complete natang mission ni.
Hah, bagi sesiapa yang merindui nukilan saya seperti :
- Puaka Dapat Dikesan Sejak Kecil Lagi
- Member dah Menikah
- Ku Nak Jadi SPRM
- Ceritaku
- Gua Sebenarnya Power
- Gua, Babi, Setan dan Beruang
- Mari Memasak
Tapi sedarkah anda, tiada satu pon cerekaMaharama ini berturutan dan bersambung seperti cerekarama yang anda saksikan di tibi tiga setiap hari minggu.. nanti lah ak tulis benda-benda bodoh dan tak membantu ekonomi eMalaysia ini..
#Slot Cerekarama eMalaysia
Sedutan awal drama Mendidik Basri Nordin
"Alamak... sudah pukul 7 setengah pagi. Mampus aku. Aku kena daftar diri pada pengetua pagi ni," kelam kabut Basri Nordin.
Selepas berperang dengan air perigi, Basri Nordin terus mengenakan baju kemeja. Kemas. Bertali leher lengkap. Kemas. Baju masuk dalam. Kemas. Memang kemaslah senang cerita.
"Mari sarapan dulu cu. Mari. Nenek ada buat karipap ni. Atuk kau dah makan dah tadi sebelum ke kebun," panggil neneknya bila nampak cucunya bergegas keluar daripada bilik.
"Saya dah lambat nek. Saya makan di sekolah je nanti," bilang Basri Nordin.
"Kamu pergi sekolah pakai seluar jeans?"
"Saya tak ada seluar slack nek"
"Lahhh. Kenapa tak beritahu? Nanti nek amik seluar atuk kamu. Elok lagi. Hari pertama tak elok tunjuk rock kamu tu Dinnnn. Tunggu..."
nantikan kemunculannya..
Comments
apa tujuan main game ni???
tujuan main game ni.. aku nak berhibur jaa.. connect to others.. spread the idea.. dan mengembangkan pengetahuan kita tentang sesuatu perkara..
sekrang ni, siapa kuat dia lah yang kuasai dunia.. bila kuat, dapat banyak gold dlm perang.. bila banyak gold, boleh train bagi lg kuat, bila lagi kuat lagi banyak gold.. biler banyak gold, boleh bukak kilang.. so conclusion, jangan berangan lah nak buat ap2 kalo ko tak kuat
betullah.. setuju sgt ngan statement ni... nk jd kuat kena pulak beli gold ngan RL cash...
when I registered for this game it said build your countries economy, build diplomatic relationship, defend your country... so i registered to become some sort of merchant dealing with economy. But after I registered, I realized this game has nothing on economy. It's an all out war game.
Plato ni dah gile dengan war...
o7
Dia nak wang o...Banyak perang banyak orang beli emas@paskage...Tanya Smallee, peluh sejuk pun keluar...hehehehe.
sesiapa berbanyak puak maka kuatlah ia, mari kenalkan game laknat ni pada orang ramai.
voted