Pencalonan sebagai CP eMalaysia

Day 4,639, 07:09 Published in Malaysia Malaysia by Awang

Lama benar kiranya saya meninggalkan game ini, saya lihat tarikh ulang tahun hari lahir di erepublik pada tahun 2009. Saya mula aktif semula bermain game ini sejak musim PKP yang lepas. Ketika itu adalah lebih kurang sepuluh orang yang aktif semula untuk bermain balik. Group telegram pun di buat oleh patrick393. Menandakan bermula kembali satu medium untuk rakyat eMalaysia berhubung antara satu sama lain, sebelum ini seingat saya di channel irc mahupun group facebook.


CP eMALAYSIA

Diri ini dicalonkan sebagai CP eMalaysia bagi sidang depan. Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada CP eMalaysia sebelum ini iaitu nerzhu1 , Malar Plainstrider dan juga Dr4g0nX. Cukup rasanya saya ringkaskan pencapaian yang telah dilakukan oleh CP sebelum ini.

Ketika era nerzhu1 , eMalaysia secara rasmi telah melakukan perjanjian Training War dengan pihak ePoland. Hal ini sedikit sebanyak membantu rakyat eMalaysia untuk berlatih, menaikkan rank serta memperoleh medal true patriots dan resistance hero. Sedikit sebanyak telah membantu kehidupan warga eMalaysia.

Ketika era Malar Plainstrider , eMalaysia secara rasmi telah melakukan perjanjian Training War dengan pihak eIndonesia. Selain itu, beliau juga mengadakan Training War dengan pihak eSingapore. Program yang beliau lakukan seterusnya adalah projek membina kilang food Q2. Seterusnya yang paling di ingati ramai adalah akselerasi ranger, program ini telah meningkatkan rank air bagi perajurit eMalaysia. Lumayan program ini kerana disajikan dengan hadiah cc berdasarkan jumlah kill minggu berikutnya.

Ketika era Dr4g0nX. , eMalaysia secara rasmi telah mementerai semula perjanjian TW dengan ePoland dan eIndonesia.

PENCALONAN SEBAGAI CALON CP eMalaysia

Saya dengan ini menyerahkan diri sebagai calon CP eMalaysia.

Tiada apa yang saya dapat janjikan tengoklah apa yang ada untuk dikongsi bersama rakyat eMalaysia. Kesetiaan saya hanyalah pada eYDPA.

Penghujung artikel kali ini, saya ingin mengajak warga eMalaysia untuk turun mengundi. o7

"eMalaysia, mudah dan harmoni "

Calon CP eMalaysia