[eMY] CP lagi, kali kesepuluh

Day 4,675, 00:07 Published in Malaysia Malaysia by Nerzhu1



My reaction when people ask me to compete with Morphine CP count, *in yellow text*


Sekali lagi, dipilih jadi CP tanpa saingan buat kali ke-10. whyyyyyy
Jadi apa yang kita boleh jangka dalam masa akan datang?

Untuk makluman, acara Musim Panas sudah tamat, maka kita telah kembali kepada fasa pertempuran seperti dulu kala.
Bagi mereka yang sudah berjaya melombong emas dari acara tersebut, jika boleh simpan emas itu sila simpan. (Diskaun Black Friday dijangkaakan diadakan bulan 11 nanti)
Anda boleh rujuk Ekonomi 101 jika ingin menggunakan emas tersebut untuk tujuan membuat syarikat sendiri.

Dari segi eMalaysia sendiri, belum ada perancangan secara mendalam buat masa ini. kerana bulan ini saya nak balik kampung setelah setahun tak balik
Jadi program-program dari MoD, MoSA, MoE, akan dikemaskini dari masa ke semasa oleh Kementerian berikut.


Bagi yang tertanya-tanya tentang status perang eMalaysia:

Kita sedang mengadakan sesi Latihan Perang (atau Training War) bersama dua eNegara, ePoland dan eIndonesia.
Dalam masa yang terdekat, kita akan usahakan untuk mengurangkan sesi latihan perang memandangkan acara Musim Panas sudah tamat.

Anda boleh lihat pada rujukan perjanjian Latihan Perang dibawah untuk makluman lanjut.
Mohon bantuan semua supaya tidak menyokong pembebasan rantau Peninsular buat masa ini, sehingga diumumkan secara rasmi.


Kepada yang baru sertai permainan ini, selamat datang ke eMalaysia.
Kepada yang baru kembali ke permainan ini, selamat kembali ke eMalaysia.

Jika ingin tahu langkah-langkah bermain, boleh rujuk pada pautan berikut: eMY Tutorial
Pastikan anda tukar nama serta bubuh gambar profile/avatar.
Boleh dicari melalui klik avatar -> profile page -> edit profile -> account setting.
Anda juga harus tahu tentang kata-kata singkatan dalam eRepublik juga melalui pautan berikut: Kata-kata Singkatan

Jika anda menghadapi kesukaran atau masalah dalam permainan ini, sila hubungi berikut:
Amli Nujhan - Biro Pendidikan
Awang - Setiausaha Negara
Nerzhu1 - Presiden

Jangan lupa juga untuk sertai Unit Ketenteraan Rasmi eRegimen Renjer

Kami ada disini untuk membantu anda, usah segan dan malu untuk cari kami ya. o/
Official telegram: eRepublik eMalaysia


Memandangkan fasa PKPP telah dilanjutkan sampai 31 Disember 2020, mohon semua jaga diri diluar sana dan patuhi SOP yang ditetapkan.
Aktifkan diri juga dalam eRepublik dengan mengambil bahagian dalam komuniti eMalaysia kita.
Saya faham ramai yang sudah mula sibuk, namun sokongan anda amat dihargai.


Rujukan:
Mesej Kepada Pemain Baru Hari 4,532
Musim Panas
Ekonomi 101

Latihan Perang (Training War):
ePoland v.1
ePoland v.2
eIndonesia v.1
eIndonesia v.2


#togetherforvictory
#dlcedition

- Nerzhu1 -

#justapassingthroughkamenrider