POLITIK SEMESTA ALAM

Day 4,720, 21:22 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan


QUL... Katakan lah!
Aku bernaung dengan RABB kepada manusia;
MALIK kepada manusia; ILAH kepada manusia.

Rububiyyah; Mulukiyyah; Ilahiyyah.

Aku nak bawa cerita MULUKIYYAH... KERAJAAN.
Aku pun tidak pasti ulamak mana yang mula-mula simplify pemahaman konsep itu kepada perspektif UBUDIYYAH.
PERHAMBAAN kepada Sang Raja segala kerajaan. Kita anggap hujung-pangkalnya sama saja lah, kerana aku tidak mahu menyulitkan lagi perkara yang sudah pun cukup sulit.
Lagi pun aku bukan hendak berbahas dengan golongan tegar yang pegang doktrin tauhid 3 serangkai itu.

Syahadan...
Pada zaman dahulu... lama sebelum manusia diciptakan lagi.
Planet dunia ini sudah dihuni oleh bangsa jin. Peradaban tabiE mereka itu secara natural tanpa sebarang perintah syariat agama samawi yang khusus.
Dengan asimilasi diri dengan unsur-unsur alam mereka boleh mengetahui bahawa adanya satu zat dan kuasa tunggal yang menguasai perjalanan seluruh alam ini.
Lalu dengan kelebihan usia panjang, mereka ini gigih memperkasakan diri dengan mempraktikkan ilmu-ilmu alamiah yang mereka dalami.
Dalam meningkatkan potensi diri melalui ritual pertapaan dan sebagainya, menjadikan mereka ini sakti mandraguna... Itu lah ibadah.
Kau kuat ibadah... karakter kau power.
Kau malas ibadah... karakter kau noob.

Lantaran itu, masyarakat malaikat dilangit berasa hairan terhadap bangsa jin yang gigih beribadat ini. Para malaikat pun bermohon kepada tuhan supaya diangkat ke langit salah satu dari jin itu agar para malaikat dapat buat contoh.
Sedangkan para malaikat itu sudah pun ultimate sifat kejadian serta tahap peribadatan mereka; cuma mereka itu hanya melakukan sesuatu ibadah itu semata-mata menurut perintah yang diajar oleh Tuhan. Jika seseorang malaikat itu diajarkan bersujud, maka selamanya dia bersujud; jika malaikat itu diajar tawaf pun maka itu sahaja ibadah khususnya.
Malaikat itu bahagian alam MALAKUT... Kerajaan.

Lalu diangkat ke langit pertama seekor dari bangsa jin ini yang paling alim sekali. G********* namanya.
Kita gelar saja Master G, kerana aku tidak mahu sebut nama itu... nanti dia ingat aku seru dia ke mari; menyibuk pula dia.
Di langit pertama, bahkan semakin kuat pula Master G ini beribadat bermacam ragam gaya ibadahnya... Jack of all trades.
Diangkat lagi naik ke aras langit kedua; ketiga; keempat... semakin hebat ibadahnya. Sedangkan ketika di bumi, tiada seinci tanah pun yang tiada bekas sujudnya.. maka demikian juga di langit, hingga habis serata ceruk dan aras langit dia duduk beribadah.
Dia dijadikan guru kepada seluruh para malaikat... Al Imamul Muqarrabin.

Di tahap tertingginya itu dia sudah setara dengan Malaikat Ridhwan... Pergh, admin manager syurga tu...
Oleh kerana lazim para malaikat ini namanya ada suffix/ending '"-il" atau "-el";... Jibra-il, Israf-il, Mursyaaqa-il, Qirmanasya-il etc... (ramai sangat lah jika hendak dihitung).
Master G pun hendak ada title "-il" itu juga. Lalu namanya diubah menjadi "Azaz-il".
Suffix "-il" itu sebenarnya merujuk "ilah' atau Tuhan... Lalu jika Jibrail itu dalam bahasa Suryani maksudnya "Hamba Tuhan" aka "AbduLlah"... Maka nama Azazil itu bermaksud Raja Tuhan!.. Al Aziz... The Ruler.
Aku suspect nama ni dia sendiri je yang bubuh... dah mula nampak bibit-bibit mistake keangkuhannya.
Jika Allah itu Malikul Mulk... Dengan bernama Azazil itu Master G pun hendak berstatus raja sebagai sekutu kepada Tuhan !
Nampak...?

Alkisah selanjutnya...
Pada suatu waktu, ketika Master G berjalan di dalam syurga itu, dia terpandang suatu pernyataan tertulis di atas salah satu gerbang syurga... menyatakan, "Suatu masa nanti akan ada satu makhluk derhaka akan dihalau keluar melalui pintu ini."
Master G berasa meluap-luah marah terhadap entah siapa itu... Maklum saja lah, ketika itu belum ada satu makhluk pun pernah menderhaka... belum ada satu dosa pun pernah dilakukan oleh sesiapa jua.
Lalu Master G pun bermohon izin dari tuhan untuk melaknat 'individu' derhaka itu.
Dia pun pergi meminggir ke suatu penjuru langit, selama ribuan tahun dia fokus melaknat.

Sepanjang masa peninggalan Master G itu, keadaan di bumi telah berubah. Generasi kemudian dari kalangan jin sudah melampaui batas dan berbuat kerosakan.
Lalu, sekali lagi Master G memohon izin dari Tuhan untuk turun membinasakan kaumnya yang sudah rosak akhlak itu.
Tuhan tidak suruh... tetapi Tuhan izinkan.

Dia pun turun membawa bola api dari langit... hentam bumi. Meteor agaknya...
Tetapi itu lah asalnya gelaran "Pembawa Cahaya"... dalam bahasa Latin ilah "Illuminati", diterjemah pula ke bahasa Perancis menjadi "Lucifer".

Lalu sejak bila pula dia dinamakan Iblis?

Tiba-tiba Tuhan announce bahawa akan dijadikan satu makhluk lain sebagai KHALIFAH di atas muka bumi.
KhalifatuLlah bererti "Bayangan/imej Tuhan".
Master G rasa tercabar... pada fikirannya, dia lah yang lebih layak dengan jawatan itu.
Come on dude.. kau dah pun tinggi sebagai manager syurga sana; apa perlu kisah dengan pangkat mandur kat muka bumi ni?

PUNCA RENTETAN MASALAHNYA:
1- Master G bersifat UJUB... Takjub kepada dirinya sendiri. POYO.
Ujub itu SYIRIK khafi... walau pun halus, itu kategori dosa paling besar.
2- Setelah itu UJUB itu berubah menjadi RIYA' dengan berasa dirinya mulia seumpama tuhan.
3- Dari RIYA' ia menjadi TAKABBUR (membesar diri) apabila dia menzahirkan dengan perkataan, bahawa dia dari api sedangkan Adam dari tanah.
4- Setelah TAKABBUR, ia berkembang menjadi HASAD... Waima antara dia dengan Adam tiada kena mengena apa urusan pun.
5- Setelah HASAD meluap-luap ia menjadi KHIANAT.
KHIANAT itu perbuatan KUFUR.

In the end, Allah sendiri yang menamkannya IBLIS.
Iblis ertinya PENCANGGAH.
Pengikutnya ialah golongan SYAITAN... bererti PENGHASUT.
Rupanya dia melaknat diri dan kaumnya sendiri.


BOTTOM LINE:
1- Politik ialah fardhu 'ain yang terabai. Hukum dan selok-belok kenegaraan tidak diajar secara wajar.
2- Jika politik itu dipraktik untuk mengejar pangkat dan kedudukan... itu tak wajar.
3- Jika ahli politik pula yang modus operandinya ialah sentiasa mencanggah apa saja tanpa mengira akibat... itu Iblis.
4- Jika para penyokong pula menabur-nabur hasutan, keraguan dan fitnah... itu syathan.
5- Jika kau dah dimuliakan dengan lantikan sebagai khalifah atas muka bumi ini. Pelihara lah amanah itu.
Sehebat mana nama Romper di eRepublik ini... Dia "fallen" kerana berbuat syirik/sekutu/multi.
Sebesar mana jasa Zordacz... Akhirnya dia tertuduh melakukan kekufuran terhadap sistem.

Life is about politics.

Hidup berbuat bakti. Itu martabat perhambaan yang mulia.
I still need 25 comments, please.




Khatib Keramat Ultras Malaya,


Minister of Edutainment