PENAMPAR MAUT

Day 5,114, 02:45 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan
*** Gali cerita memori lama sekadar untuk update newspaper tabloid ini.


Konsert pertama muzik underground ialah pada Dis, 1988 berlangsung di Stadium Negara; yang mana melibatkan satu band bernama SLAPDEATH; yang tertubuh di rumah sewa aku… Kisah berkisar tentang Slapdeath ni agak tragik dalam hidup aku… panjang cerita.



So aku nak skip, dan hanya nak bercerita santai peristiwa lepas konsert itu saja.
Habis konsert tengah malam. Malam-malam begitu dah tak ada bas mini. Aku dengan Buana (adik aku lah) tak tahu nak tuju ke mana… aku dah lupa bagaimana boleh terpisah dengan beberapa member yang lain.
Nak dijadikan cerita kami terserempak dengan seorang kawan Buana student UTM; yang juga pulang dari konsert tu.
Dia berseorangan.

Budaknya baik budi bahasa… orang Johor.
Dia tak ada gaya thrasher langsung… Berbeza dgn aku dua beradik ni. Dua ekor puaka bandaraya yang rambut panjang mengurai; dressing all black tight fit... Ketika itu pun komuniti thrasher Malaysia ni yg masih kecil, dah pun anggap aku ni geng otai(old timer); layan muzik paling heavy… mazhab Hate Metal dan Doom Metal.
Maka menapak lah kami bertiga di celah-celah lorong kota. Hujan renyai-renyai pula tu… kasut dan stoking lencun basah.

“Malam ni kita tumpang tidur rumah pakcik aku… jom,” tetiba kawan baru tu beri usul.

“Eh, dah tengah malam sangat ni… tak elok ganggu,” aku beralasan. ​
Aku memang rasa kekok nak pergi rumah orang yang kita tak kenal ni… Apatah lagi karakter diri aku dua beradik ni sangat tidak presentable.

“Tak apa… dia tak marah, family dia semua baik dgn aku,” ujarnya lagi.
“Rumahnya dekat je dengan sini…”

"Rumah kita nak pergi ni area mana?” Tanya aku.

“Dekat je… Dekat Istana Negara,” katanya….

“Oh, kalau dekat-dekat dengan Istana Negara memang tak jauh lah… Serious ke ni tak apa?” Aku tetiba tak ada idea nak beri excuse untuk tak nak ikut.
Maka berjalan lah kami menuju ke rumah tu.

Sambil-sambil berjalan tu dia bercerita lah lagi betapa baiknya keluarga pakcik dia tu. Dia nak minta pakcik dia tu belikan motorbike untuk dia lah… (wei, motor yang dia sebut tu mahal bro). Kemudian dia cerita lagi nanti kita akan tumpang tidur dalam bilik tidur anak perempuan pakcik dia tu…
Aku mula rasa serba salah… Leceh lah, nanti tentu budak perempuan tu kena tidur kat bilik mak bapak nya pula disebabkan kami nak menumpang ni.

“Eh, tak lah… biliknya tu besar… jangan bimbang lah… dia baik, dia cantik… selalu kita orang main-main dalam bilik dia tu,” tambahnya lagi.

Alamak! baru aku perasan bahawa bilik yang aku nak tumpang ni ialah bilik anak dara orang… Dan akan tidur sebilik. Aku tahu lah orang KL ni maybe sosial mereka open minded, tetapi ini awkward… Bab perempuan-perempuan ni aku cemas sikit.

“Chup,… nanti dulu, rumah yang kita nak pergi ni jauh mana jarak dengan Istana Negara tu?” Tanya aku lagi, mula nak fikir excuse lain lah ni…

“Dalam kawasan istana tu lah… dia duduk dalam tu,” katanya pula.

Alamak! Dalam kawasan istana…
Pakciknya ni pegawai istana rupanya! Tukang kebun ke… tukang masak ke…
Wei, aku orang kebanyakan ni mana boleh masuk mudah-mudah.

“Pakcik kau tu kerja apa situ?” Aku mohon penjelasan.

“Dia jadi Agong sekarang… “ ujarnya.


WHAAAATTTT ?!!
Ertinya… tidak lain tidak bukan, nenda TMJ tu yang tersohor tu.
Bilik yang kononnya kita nak tumpang tu… kamar tuan puteri Tunku Azizah Aminah yg jadi DYMM Baginda Permaisuri Agong sekarang agaknya...
Aku pun tak fikir panjang, terus U-Turn 180 darjah.
Tidur bawah jambatan pun tak apa lah malam ni…
Asalkan esok tak kena hukum sula dan kena salai… uhuhuhu…



Patik Pacal Hina,


Minister of Edutainment
eMalaysia