NEW, USED, REUSE, REFURBISHED & REMANUFACTURED

Day 5,015, 17:36 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan

Sebelum pandemi, anak lelaki aku beli laptop baru... Tiptop NEW.
Harga ketika itu RM3K.

Tetapi kini dunia mengalami krisis kekurangan microchip. Satu kilang pengeluar utama di Jepun terbakar seluruhnya. Pengeluar China dan Taiwan pun terhimpit oleh sebab Covid-19.
Industri kereta dunia mengalami impak yang teruk. Ini kerana dunia masa kini bergantung kepada mikrochip dari sebesar2 industri kereta hingga ke perkakasan harian yang kecil-kecil.
Apatah lagi peranti telefon dan komputer yang jelas berfokus kepada teknologi ini.

Kesan buruk ini bertambah lagi apabila ramai orang hanya duduk berkerja dari rumah, guru dan murid pun menjalani pdpr secara online.
Oleh itu demand peralatan adalah tinggi sedangkan supply rendah.
Harga jadi mahal.

Jangan beli komputer baru.

Solution 1: Buy USED
Boleh cari kat Mudah.my misalnya komputer 2nd hand utk anak-anak. Tetapi nasib lah, mudah tapi tiada jaminan.

Solution 2: Buy REFURBISHED
Ini pilihan yang lebih bijak. Kerana barangan telah diservis dan dipastikan beroperasi oleh technician.
Aku belikan satu gaming PC untuk anak sulung yg OKU tu. Casing dgn Graphic Card baru, yang lain ialah komponen terpakai yang masih baik. So far tiada masalah.
Aku juga ada beli workstation teknologi 5 tahun lalu; tetapi by today's common standard ia masih relevan, bahkan 5 tahun ke depan nanti pun masih relevan.
HP Z440 Xeon processor 12 cores/24 threads; 32GB DDR4 RAM, Dual Quadro GPUs... boleh lah nak layan main-main rendering 3D ala Upin-Ipin.
Harga sebuah RM2.5K sahaja ... Jika beli baru mungkin RM6K-RM8K.

Solution 3: Buy REMANUFACTURED
Kalau nasib baik, anda jumpa yang sebegini.
Aku belikan laptop RM1.3K untuk anak no.4.
Ia barang 2nd hand juga, tetapi lebih baik dari refurbished kerana ia melalui protokol dan spesifikasi kilang yang ori. Bahkan mungkin lebih baik dari ketika komputer itu masih baru.
Misalnya model tu ketika baru 4GB RAM saja, tetapi remanufactured dah jadi 10GB. Software Windows 10, AutoCAD dan Adobe semua ori tersedia.
Kebetulan pula nama model laptop tu sama dengan nickname anak aku tu. Suka lah dia.
Cuma keyboard laptop tu ada tulisan Jepun.

💾 💾 💾 💾 💾 💾 💾

Tapi kesian kan anak aku yang nombor 2.
Dia hanya REUSE pc buruk saja.... segala-galanya buruk dah lebih 10 tahun.

TETAPI...
Komputer dia lah yang paling power dan canggih!
Iaitu VIRTUAL MACHINE.
Microsoft Azure... Cloud computing.
CPU + RAM + Storage dalam cloud.
Paparan desktop Windows 10 macam komputer biasa dan boleh install apa saja software.

Jaminan tinggi untuk bebas dari ancaman malware dan security.
Boleh ubahsuai apa saja anytime... nak CPU 12cores, 128GB RAM?... silakan; tambah bayaran lah sikit. Bahkan anda nak bina berapa buah komputer pun terpulang. (Kandang membela sapi)
Tak ada risau maintenance hardware rosak kena ganti bagai.
Purata kos lebih kurang 50 sen per jam. Bayar ikut tempoh kita guna saja. Bulan pertama free trial.
Boleh login dari mana-mana komputer; atau tablet; atau Raspberry Pi etc.

Komputer kat depan kita ini hanya jasad... keyboard, mouse dan monitor sebagai cerminan.
Ruh sebenarnya ada kat US. Jepun atau Singapore etc. Dia punya performance on steroid.

Tengok je lah gambar speed test tu... upload dan download real time macam kilat. Buka web page 4K pun instant.
Pada hal komputer lain yg bergantung pada modem Unifi Air rumah ni nak dapat 15 Mbps pun semput.

Cuma untuk aktiviti hardcore gaming, teknologi untuk cloud GPU belum sempurna. Tetapi kita mungkin tidak perlu menunggu lama untuk itu. Setakat ini Google Stadia telah mengorak langkah untuk itu.

Conclusion of the story.
Jangan beli komputer baru... Masa depan IT ialah CLOUD COMPUTER.



Awan larat,

Minister of Edutainment