Selepas tamat Oncall hujung minggu

Day 4,876, 09:36 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman
Korang nak tahu cerita seorang juru x-ray?
(Cerita ini ditulis lepas balik oncall hari sabtu)

mai sini aku nak bercerita sebagai seorang juru x-ray yang bekerja di salah sebuah hospital kerajaan. sebelum aku bekerja sebagai seorang juru x-ray aku belajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia selama 3 tahun mengambil Diploma Radiografi (medical imaging).



bagaimana aku memohon untuk masuk belajar kos ni?
Mula-mula aku isi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) secara online dan memilih 8 jenis pekerjaan yang aku minat.. pilihan pertama aku masa tu semestinya juru x-ray. alhamdulillah setelah berjaya ditemuduga, aku berjaya mengikuti latihan separa perubatan anjuran kerajaan.

bermulanya kerja pada tahun 2012 di Serdang. dan kini bertugas di Negeri Sembilan. kerja juru x-ray ni memang agak berisiko kerana melibatkan sinaran radiasi. juru x-ray perlu bertugas melakukan kerja radiografi am,mengendalikan mesin ct scan,MRI, mammografi, dexa scan, dan banyak lagi yang melibatkan mengambil gambar anggota badan manusia. sebagai seorang juru x-ray aku juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan mengenai anatomi badan manusia untuk memudahkan melakukan kerja x-ray nanti. beberapa penyakit yang banyak melibatkan x-ray juga kami perlu tahu.



sepanjang pengalaman bergelar juru x-ray, aku perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku semasa melakukan x-ray atau scan pesakit yang tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan. kami juga perlu mengetahui ilmu-ilmu kecemasan jika pesakit memerlukan bantuan. kat dewan bedah juga memerlukan juru x-ray bertugas mengendalikan mesin c-arm untuk kes ortopedik seperti kes memasukkan plating/k wire kat tangan. memasukkan besi kat paha dan banyak lagi kes lain.



selalunya bila buat x-ray kat pesakit aku berasa simpati melihat keadaan pesakit yang kadang-kadang kehilangan jari tangan, kaki. ada juga yang x-ray disebabkan kes penderaan kanak-kanak (child abuse). bila tengok anak2 kecik merengek sakit disebabkan penderaan rasa sayu pula dan geram dengan sikap manusia yang tiak berhati perut mendera kanak-kanak tersebut. bila melibatkan kes dera memerlukan juru x-ray melakukan skeletal survey (x-ray seluruh anggota badan). ini menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami radiasi berlebihan pula. semestinya menjadi kes polis. bila melibatkan kes polis kami perlu mengambil gambar x-ray dengan teliti supaya bahagian yang hendak dilihat dapat didiagnos dengan jelas dan tepat.

dulu aku geli geleman melihat darah yang banyak. sejak menjadi juru x-ray aku dapat melawan sikap takut darah. bila pesakit mengalami kemalangan ada yang mengalami pendarahan yang banyak ketika kami sedang mengambil gambar x-ray anggota badan mereka. kat dewan bedah juga bila doktor bedah nak memasukkan besi ke dalam paha memang akan berlaku pendarahan yang banyak juga. kalau orang yang tak biasa tengok darah yang banyak boleh jadi pitam oo..alah biasa tegal biasa sebab aku dah banyak kali tengok darah yang banyak. jadi ok ja la. alhamdulillah syukur kerana mudah nak buat kerja sebab dah lali tengok darah.

tambahan pula, sebagai seorang juru x-ray aku dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai sesuatu penyakit yang melibatkan pemeriksaan radiologi. kami dapat membantu doktor untuk mendiagnosis penyakit. salah satu cara untuk merawat pesakit yang memerlukan bantuan perubatan. kami juga mendapat cuti tambahan selain daripada cuti tahunan iaitu cuti radiasi . cuti radiasi ada 14 hari dalam setahun dan kami perlu menghabiskan cuti tersebut dan tidak boleh dibawa ke hadapan(tidak boleh carry forward).

shift juru x-ray bekerja pagi , malam dan petang juga memerlukan kesabaran yang tinggi. memang kadang-kadang rasa letih badan dan otak mengadap kerja yang tak pernah habis. anak-anak pun terpaksa berkorban dan seakan memahami tugas kami yang perlu meninggalkan mereka kepada pengasuh sekiranya bekerja malam atau onkoll.

aku bersyukur dengan kerjaya sebagai seorang juru x-ray walaupun ada juga risikonya.. tetapi takpalah sentiasa cuba berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.. berdoa supaya tuhan mempermudahkan kerja kami dan seterusnya bertawakal agar kami juga terhindar daripada jangkitan penyakit.

terima kasih kerana sudi baca perkongsian aku ni. moga entri ni dapat memberi info kepada anda semua mengenai juru x-ray.