Isunya sudah tamat kenapa mahu di ungkit?Mahu kepincangan di eMalaysia?

Day 827, 02:37 Published in Malaysia Malaysia by Awang

Semua sedia maklum bahawa Virus13 telah berjaya memenangi kerusi parti Pakatan Rakyat dan dia sudah menjelaskan bahawa sebenarnya dia tidak berhajat sangat untuk duduk di kerusi tersebut.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada cct kerana tidak membincangkan isu ini terlalu lama tetapi masih ada user-user yang mahu menimbulkan masalah di eMalaysia. Justeru itu,saya mengesa akan tindakan mengutuk atau menimbulkan fitnah yang tidak tentu arah di eMalaysia dapat di hentikan dengan segera.

Tadi saya ada terlihat artikel dari MoFA eIndonesia yang menyatakan perkara yang sebenar mengenai serangan mereka ke atas eThailand dan cadangan eNusantara. Saya sebagai orang persendirian menyokong gagasan eNusantara. Lupakanlah kesalahan dahulu,bukakan lah buku baru.

p/s : Saya tak tahu saya ni berpihak pada apa, saya hanya ikut ESP aka sixth sense