Huh Sahabatku

Day 835, 00:18 Published in Malaysia Malaysia by Awang

Artikel kali ini bukanlah mengenai isu RL tapi sebagai manusia mestilah saya perlu memperingati diri saya mahupun orang lain.Lima purnama telah berlalu, pilihan raya kongres telah pun tamat, Nagyzee dah pun jadi Perdana Menteri eMalaysia sebanyak lima kali tapi setakat manakah pencapaian kita di eRepublik.Setakat mengumpul pingatkah?setakat belajar berniagakah?setakat untuk mengeluarkan perasaan yang terpendam yang telah di simpan lama?

Itu kisah lama,itu kisah kita rakyat eMalaysia, kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk kita seperti pemberian gift oleh social office, tutorial untuk bermain dan bermacam-macam lagi. Apakah yang mampu di berikan oleh kita kepada negara eMalaysia kita yang tercinta ini?Setakat menderma gold selepas pilihanraya kongres? Ya , jika itu jawapannya,saya kira perkara itu hanyalah satu per lapan daripada sumbangan terhadap negara.

Kenapa ya saya menulis artikel sebegini, mungkin pada pendapat cendekiawan di eRepublik seperti CDV, ww88 dan pelbagai lagi cendekiawan di sini akan menganggap artikel saya sebagai sampah.Tidak isi yang ingin di nyatakan mungkin luahan peribadi mahu pun perkara yang terdetik di hari.

Saya mahu membuat sedikit teguran secara terbuka kepada CDV supaya menggurangkan ataupun tidak meletakkan gambar yang boleh menggugat keimanan seseorang di eRepublik,saya tahulah bahawa saya ni orang biasa yang tidak ada peranan sangat di dunia sebenar, hanya pelajar yang mengisi kekosongan waktu dengan ilmu. Mungkinlah ilmu agama saya ni satu per sejuta dari setitis air di lautan.

Wahai pembaca pemangkin negara yang bertunjangkan fahaman chauvanism, bangunlah anda daripada tidur untuk menggegarkan seantero eRepublik. Marilah kita menceriakan negara kita sendiri dengan menyertai perbincangan di forum, memberikan pandangan terus kepada kerajaan yang mentadbir, saya sedar sama ada di RL mahupun di eRepublik ada sahaja rakyat pelbagai kaum. Mari kita tunjukkan semangat kita sebagai rakyat eMalaysia dengan mendaulatkan Bahasa Malaysia bahasa rasmi kerajaan kita. Saya bukanlah menyeru agar anda semua untuk terpengaruh dengan fahaman satu Malaysia. Itu tidak sama sekali.

Akhir sekali,saya ingin mempersoalkan tentang maruah yang perlu di pertahankan oleh seorang pemerintah. Saya berasa satu perasaan yang tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata. Dia berani menafikan bahawa dialah nevvven yang berada di dalam artikel Wander Forward.Yang saya paling kesalkan adalah tindakan Presiden eIndonesia mencabul perjanjian kedamaian eMalaysia. Ini mungkin adalah cuma permainan tetapi di sinilah akhlak kita kelihatan, ada yang di RL yang baik , bersopan santun tetapi di erepublik hampeh tahap gaban, melalut sana,melalut sini.