[MOE] TANAH AIR

Day 4,664, 14:46 Published in Malaysia Poland by Ministry of Edutainment


BismiLlahi laa ilaha illa huwa lahul asma ul husma ma fis samaawati wama fil ardh

Bermula julung-julung kali buletin rasmi MOE dilancarkan.
CITRA PERTIWI membawa erti "imej tanah air"; merupakan wadah wacana watan.

Pada asalnya akaun nasional ini tidak mempunyai buletin tersendiri.
Sebagai makluman, sepatutnya kita mempunyai tujuh akaun nasional seumpama ini. Ada yang mempunyai buletin dan ada yang tidak. Akan tetapi pada Januari 2012 yang lampau, dua dari akaun itu secara misterius didapati telah dirosakkan oleh penjajah PTO Turks. Maka sehingga kini eMalaysia hanya mempunyai lima National Orgs sahaja.

Telah banyak kali kita cuba tuntut kembali akaun nasional yang hilang itu, namun admin game pun gagal menghidupkannya kembali. Hingga akhir-akhir ini mereka cuba menutup kelemahan mereka itu dengan memberikan alasan lain yang saya cukup tahu ia tidak relevan dengan masalah asalnya.

Tidak mengapalah, kita anggap saja ia suatu peristiwa sejarah yang berlalu.
Kini, dengan berkat usaha gigih Awang selaku presiden, serta kerjasama Nerzhu1 dan beberapa individu lain, kita berjaya menuntut 'ganti rugi' kehilangan 2 akaun itu dengan memohon supaya akaun-akaun nasional yang ada ini diberi wadah penerbitan yang baru.

TAHNIAH CP AWANG !

Sebagai perasmian buletin ini bersempena dengan bulan Kemerdekaan, maka sila berdiri menyanyikan Lagu Kebangsaan.


Standard version lagu ini ialah di dalam key A flat.
Arrangement lagu ini saya transpose kepada Key F.
Tempo hanya 78bpm mengikut versi asalnya.... kerana lagu itu digubah agar dapat sesuai dengan kelajuan gramophone lama pada putaran 78rpm.

Bagi sesiapa yang datang ke laman ini untuk muat turun tablature lagu ini, sila klik di sini:
NEGARAKU tablature
Ayuh turut bergabung sebagai warga eMalaysia:
JOIN eMALAYSIAN

"BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA"

Konduktor,


Minister of Edutainment