PENGUNDURAN AHLI KONGRESS

Day 962, 08:28 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman

sejak beberapa hari ini, ahli kongress semakin ramai yang menarik diri. Kesemua ahli kongress yang menarik diri itu adalah dari pihak PTO. Saya rasa semacam hairan dengan kegemparan dan perletakkan jawatan ahli kongress secara beramai ramai oleh pihak PTO.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan disini adalah
1. Adakah pengunduran mereka adalah atas rasa kekalahan menjatuhkan eMalaysia?
2. Adakah perletakkan jawatan mereka adalah satu permainan politik?
3. adakah mereka mempunyai agenda sendiri selepas ini?

Dua minggu lagi adalah hari pilihanraya kongres. saya berharap agar sejarah hitam ini tidak berulang lagi. Saya menyeru semua penduduk eMalaysia dapat mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku pada penggal Jun 2010 ini. fikir dahulu sebelum bertindak. diharap kita dapat mengekalkan kedamaian dan kemakmuran eMalaysia walaupun sekarang kita telah berada dalam eRepublik V2.

Sila vote, subscribe dan berikan pandangan anda mengenai hal ini. Moga segala cadangan yang anda berikan akan kita sama sama nilai untuk masa depan eMalaysia hendaknya.

Sekian
Wingman Hamallee
Ahli kongres eRepublik Jun 2010