Mendidik Basri Nordin Episode Akhir

Day 2,143, 21:36 Published in Malaysia Malaysia by JUJAI23

Bagi sesiapa yang ketinggalan, mohon mengikuti siri satu dan dua terlebih dahulu..





"Baizura!!",jerit Basri Nordin cuma sayangnya jeritannya itu di dalam hati.Kalaulah Baizura mendengar jeritannya itu sudah tentu dia akan dicop sebagai lelaki yang tidak steady dan tidak tahu mengawal perasaan.Baizura menghampirinya dan semakin dekat Baizura dengan Basri Nordin,hati Basri Nordin seperti mahu berterabur..

"Abang Bas buat apa kat sini?",tanya Baizura dengan suara persis penyanyi Ella. Suara itu jugalah yang membuatkan hati Basri Nordin terpaut seawal 18 tahun dahulu.Oleh kerana terlalu mendambakan suara Baizura,Basri Nordin wajib mendengar kaset Ella setiap malam sebelum tido.

Lagu-lagu Ella sudah menjadi makanan Basri Nordin malah tidak keterlaluan jika ada rancangan Jangan Lupa Lirik Versi Ella,Basri Nordin akan menang tanpa bertanding.Neneknya juga sudah mahir menyanyikan lagu "Retak" dek kerana selalunya Basri Nordin mendengar lagu tersebut.


"Abang Bas dapat tawaran mengajar di sini,hari ni baru hari pertama.Baizura pula?",tanya Basri Nordin selepas menjawab pertanyaan Baizura.Sengaja diromantikkan sedikit suaranya,tangan pula dimasukkan ke dalam poker seluar slack datuknya.

"Wow!!Bai pon mengajar juga di sini,Abang Bas ajar subjek apa ye?",tanya Baizura sambil diikuti dengan senyuman nipis Basri Nordin.Bukan soalan itu yang membuatkan Basri Nordin tersenyum,tapi apabila Baizura membahasakan dirinya Bai.Bagi Basri Nordin,menggunakan nama singkatan ialah salah satu tanda jatuh cinta.

"Abang Bas dapat tawaran mengajar subjek Add Math sebenarnya tapi Abang Bas tolak dan ambil subjek pendidikan jasmani.Abang Bas kalau sehari tak bersenam memang rasa tak sedap hati.",jawab Basri Nordin sambil sengaja meregangkan otot-ototnya di hadapan Baizura.Baizura teguk air liur.


Melangkah masuk ke sekolah pada hari pertama dengan Baizura memang buat rasa Basri Nordin gembira yang amat. Malam ni ada juga benda yang nak ditulis dalam diarinya.Lagipon diarinya sudah lama tidak terusik,last sekali Basri Nordin menulis diari ialah sewaktu datang mimpi kali pertama,itupon banyak yang tidak dapat diingatinya.Last-last efek bunyi sahaja yang mampu diterjemahkan Basri Nordin ke dalam diari.

Sebagai Guru Pendidikan Jasmani,kelas Basri Nordin merupakan antara yang terawal,paling lambat pon pukul 9.Belum pernah lagi kelas pendidikan jasmani bermula pada pukul 12 tengahari,nampak bangang pula Basri Nordin dan murid-muridnya bersenam nanti.

Jadi selepas menghadiri sesi perhimpunan dan mendengar pengetua merepek buat beberapa belas minit dan menahan seksa mendengar nyanyian lagu sekolah yang kompem-kompem tak harmoni,Basri Nordin menuju ke bilik persalinan untuk menukar baju.

Dalam hatinya masih panas dengan kelakuan seorang pelajar yang membuat bunyi trompet ketika menyanyikan lagu sekolah tadi.Paling Basri Nordin tak dapat terima,kelakuan pelajar itu disambut dengan gelak ketawa Baizura di sebelahnya.

"Anak harimau jangan dipelihara",bisik hati kecil Basri Nordin.

Nak dilempang pelajar tersebut di perhimpunan takut menjejaskan kredibilitinya sebagai guru jadi dia cuma dapat menulis nama pelajar tersebut dalam buku dendamnya.Ya,sebagai seorang guru pasti akan ada masa yang sesuai untuk dia mengajar pelajar bangang tersebut.Jalan terakhir mungkin dia terpaksa meletakkan bungkusan ganja di dalam beg sekolah pelajar tersebut.

Rugi memang rugi,nak-nak pula dengan harga ganja yang sedang melambung tinggi tapi Basri Nordin tidak boleh membiarkan sahaja pelajar itu terus berpotensi mencuri hati Baizura.Dia rela tidak dapat lalok buat beberapa minggu asalkan Baizura dapat menjadi suri di hatinya.

Dalam bilik persalinan,Basri Nordin membuka butang bajunya satu persatu.Dadanya nampak putih kemerah-merahan apabila disinari dengan cahaya matahari dari tingkap.Seluar slack pusaka datuknya dibuka dengan hati-hati,jelas tertera pahanya yang tegap hasil latihan ala ketenteraan neneknya bertahun-tahun.Boxer Renoma turut membuktikan Basri Nordin kini bukan sebarang lelaki.


Turun sahaja ke padang,Basri Nordin mengarahkan anak-anak muridnya membuat satu bulatan besar tapi selaras dengan IQ pelajar sekolah,nak buat satu bulatan pon makan masa sampai setengah jam.Sudahlah lembab,bising macam dalam dewan parlimen pula tu.

Oleh kerana terlalu marah Basri Nordin melakukan balik kuang selama beberapa minit.Ini menimbulkan huru-hara kepada pelajar-pelajar di padang kerana belum pernah mereka menyaksikan balik kuang seperfect itu.Beberapa pelajar perempuan turut menjadi histeria dan keadaan di padang mulai kelam kabut.

Bagaikan rusuhan di Mesir,terdapat pelajar yang mengambil kesempatan dalam insiden itu dengan melakukan jenayah seperti memecah kelas,tidak beratur semasa membeli makanan di kantin,membuang sampah di depan bilik guru,tidak memasukkan baju ke dalam seluar,menulis sepul sasimi love brader patam di meja dan berbagai-bagai jenayah lagi.

Cikgu displin awal-awal lagi sudah menyerahkan surat perletakan jawatan kerana tidak mahu bertanggungjawab.Pengetua pula terpaksa mengisytiharkan darurat di kawasan sekolah dan memanggil bantuan kecemasan dari sekolah-sekolah lain.

Akhirnya selepas 2 minggu,keadaan sekolah itu mulai reda selepas 2 juta orang jaga sekolah,800 ribu orang pengawas,5678 orang cikgu displin,394 orang pengetua,19 pengawas perpustakaan dan 5 orang kadet bomba dari sekolah-sekolah lain berjaya mengawal keadaan.

Dalam tragedi yang menyayat hati itu,hampir keseluruhan sekolah musnah manakala hanya seorang pelajar yang terkorban iaitu pelajar yang membuat bunyi trompet semasa di perhimpunan dulu.Ini semua berpunca dari hanya satu balik kuang yang sempurna.

Basri Nordin juga telah dipanggil oleh pengetua yang terpaksa menggunakan pondok jaga sebagai bilik pengetua buat sementara waktu.Semasa melangkah masuk ke dalam,Basri Nordin berjalan dengan tenang dan steady.

"Kamu tahu apa kesalahan kamu,Basri Nordin?",soal pengetua yang terpaksa memakai singlet pagoda dek kerana terlalu panas keadaan di dalam pondok jaga tersebut.

"Kamu tahu yang sekolah kita kerugian hampir 4 billion gara-gara balik kuang kamu?",soal pengetua tersebut lagi yang nampak sangat bukan jenis bersabar dan tidak mematuhi protokol dalam soal jawab.


"Kalau membuat balik kuang itu satu dosa,saya terima apa saja suratan yang tiba",jawab Basri Nordin masih lagi steady.

"Baiklah,saya tidak mampu melakukan apa - apa kecuali menggantung kamu seumur hidup dari institusi perguruan,jangan kata cikgu sekolah,cikgu tadika,cikgu driving school malah cikgu menjahit pon kamu tidak lagi dibenarkan..",kata pengetua dengan suara yang tegas.


"Abang!!Jangan buat begini!Semuanya masih ada harapan" ,jerit Baizura yang masuk tiba-tiba tanpa memberi salam.

Basri Nordin merasa terharu,dalam keadaan ini pon dia masih menerima sokongan dari Baizura.Sambil berpaling ke arah Baizura,Basri Nordin menarik nafas panjang dan belum sempat dia berbicara tiba-tiba..

"Abang terpaksa sayang,sudah menjadi kewajipan abang sebagai pengetua sekolah.Lagipon insiden ini mungkin akan meragut peluang abang untuk menggondol anugerah Tokoh Pengetua 3 tahun berturut-turut..",jawab pengetua dan membuatkan hati Basri Nordin hancur berkecai.




Dalam perjalanan pulang,Basri Nordin berjalan dengan perlahan untuk mengambil mood kecewa dan sedih.Apabila masuk sahaja ke rumah,beliau terdengar nyanyian neneknya..

"hati ini hancur dan luluh keranamu,hati ini hancur dan luluh keranamu,tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia,semenjak hatimu dicuri jelita"


Mulai saat itu,sambil menerajang neneknya Basri Nordin berjanji tidak akan lagi mendengar lagu Ella buat seumur hidupnya..





TAMMAT


sebenarnya endingnya lebih kepada kebahagiaan Basri, Namun atas arahan mHifzan, draft asal terpaksa dirombak bagi memenuhi cita rasa beliau..jilake pehal aku nak kena ikut tekak dia pulak