Gagasan Pembentukan eMalaysia

Day 1,266, 01:02 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman


6 Gagasan Pembentukan eMalaysia

Gagasan ini dibina bagi tujuan kemakmuran eMalaysia pada masa hadapan. Diharap dengan adanya panduan ini, dapatlah kita sama-sama memakmurkan eMalaysia supaya menjadi sebuah negara yang aman damai. Gagasan ini hanyalah pandangan dari saya selaku ahli kongres bagi penggal ini.

1. Pembentukan bangsa Malaysia harus bermula dari Newbies lagi, oleh itu langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan:
• Newbie mesti ada seorang mentor yang akan mengajar mereka untuk bermain dengan bersungguh-sungguh.
• Semua pemain atas dari level 15 harus bersedia untuk menjadi mentor bagi mana-mana newbie yang ada di eMalaysia.

2. Dasar ekonomi harus diubah, program bantuan dan pembelaan harus diberikan bukan berasaskan kumpulan atau kawan, tetapi berasaskan keperluan rakyat secara umum.

3. Semua kenaikan pangkat atau peluang mestilah diberikan berasaskan meritokrasi dan kebolehan seseorang. Juga boleh dikira melalui kerajinan bekerja didalam sesebuah syarikat.

4. Demokrasi yang sebenar mestilah menjadi amalan bangsa eMalaysia, yang perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
• Kebebasan media, bukan dikawal oleh parti yang memerintah.
• Pasukan ketenteraan yang bebas dan berintegriti.
• Parti yang bebas dan berkredibiliti.

5. Semua masalah hubungan sesama kita hendaklah diselesaikan secara permuafakatan dan bukan secara emosi. Menghormati nilai-nilai dari pendapat yang berbeza.

6. Menggunakan satu bahasa yang boleh menghubungkan antara pemain-pemain yang ada (bermaksud, haruslah memartabatkan bahasa kita sendiri)


Hanya bila kita semua sudah bersedia melaksanakan kesemua gagasan di atas barulah kita dapat mengharapkan kemunculan satu Bangsa eMalaysia di masa depan. Kalau tidak, selamanyalah kita gagal membentuk Bangsa eMalaysia walaupun kita ada eNegara.

Dengan ini saya menjemput anda semua memberi pandangan atau komen dan maklum balas terhadap Gagasan Pembentukan Bangsa eMalaysia ini.