Dari Rakyat Untuk Rakyat

Day 1,224, 02:34 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman



Salam perpaduan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengundi yang telah mengundi saya. Perasaan bercampur baur dalam diri apabila saya terpilih menjadi ahli kongres. Dalam hemat saya, pastinya kalian sudah melupakan saya kerana 3 bulan meninggalkan erepublik tanpa berita.

Oleh yang demikian, pada kali ini, saya akan cuba sedaya upaya membantu Negara, President dan rakyat untuk membentuk satu Negara yang hebat. Apa yang saya perlukan ialah sokongan dari rakyat kerana tanpa rakyat, saya bukan siapa-siapa disini.
Rakyat emalaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

Jangan sesekali mempertikai apa yang kerajaan aturkan untuk rakyat kerana kerajaan sudah sedaya upaya menyediakan suasana yang aman dan harmoni. Jangan Tanya apa yang Negara sudah sumbangkan kepada anda, sebaliknya Tanya apa yang sudah anda sumbangkan untuk Negara.

Wingman Hamallee
Ahli Kongres
Peace and Freedom Party