Gib Ur Money Please *Wink Wink*

Day 4,846, 23:36 Published in Malaysia Malaysia by Noveras

Assalamualaikum dan salam satu eMalaysia.



Pak cik dok pelik kenapalah duit dok masuk eakaun (kalau masuk di akaun RL kan best 🙁) tapi bila tengok business pak cik dok malap macam gerhana matahari tak terjual apa pun gak. Risau juga takut eakaun pak cik di gunakan sebagai keldai sindiket pengedaran antarabangsa daun ketum.

Lama juga dok memikiornye, last - last barulah pak cik perasan sekarang ni dah ada fungsi endorse dekat artikel surat khabar. Dari situ rupenya pendapatan misteri pak cik.



Bagus juga fungsi ni iye. Kalau pak cik sendiri tak sedo duit tu mari mane, confirm eLHDN tak sedo juga iye idok hehehe. Lepas tahu kewujudan fungsi ni, teruslah otak pak cik berfungsi dengan penuh kapasiti memikiorkan cara terbaik nak mengoptimizekan pendapatan melalui endorse ni.

Selepas lama berfikir iaitu sekitar 1 saat, terus pak cik teringat pasal satu platform di RL ni di mana kita dapat duit dengan orang endorse kita juga. Nama dia adalah


Jadi pak cik nak bawak konsep yang sama ke eMY lah. Kat sini pak cik serta sneak peek gambar pak cik yang korang boleh enjoy kalau jadi endorser pak cik dalam eOnlyfans. Tak rugi kan 😉



Oklah itu saja celoteh pak cik pada artikel kali ni. Jangan lupa ketik butang like dan subscribe ye (macam youtube daaa).

P.S :- Jangan menggatal nak buka Onlyfans dekat RL ye. Kiri kanan kat bahu tu dok mencatit tu.