TERIMA KASIH!!!

Day 4,866, 01:53 Published in Malaysia Malaysia by Noveras

Assalamualaikum dan salam 1eMalaysia!!!

Seperti yang anda semua sedia maklum, keputusan rasmi bagi pemilihan Parti Presiden sudah di umumkan. Syukur ke hadrat illahi, saya telah di pilih bagi menerajui tampuk kepimpinan Parti Solidariti Ummah Nasional bagi penggal Mac 2021.

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan - rakan di dalam Parti Solidariti Ummah Nasional yang telah memberikan kepercayaan kepada saya bagi menerajui tapuk kepimpinan parti. Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang amat membimbangkan yang boleh saya lihat daripada keputusan pemilihan presiden parti yang berakhir 2 hari lepas.



Seperti yang dapat anda semua lihat, saya telah memenangi pemilihan presiden parti dengan majoriti yang sangat kecil di mana hanya mendahuli pihak lawan dengan satu undi. Ini bagi saya adalah satu perkembangan yang sangat merisaukan oleh kerana ini menunjukkan bibit - bibit perpecahan Parti Solidariti Ummah Nasional ke dalam dua blok yang bertentangan.

Bagi mengelakkan berlaku perpecahan di dalam Parti Solidariti Ummah Nasional dan memastikan kelangsungan parti ini, saya terpaksa mengambil langkah yang drastik bagi menyelesaikan di lema ni.

Dengan berat hari, sebagai langkah pertama Presiden Parti Solidariti Ummah Nasional, saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan "Arahan Eksekutif 66" di mana berkuat kuasa serta merta, n000bhunter bersama - sama dengan penyokongnya telah di isytiharkan sebagai "outlaws" dan perlulah di buru.



Sesiapa yang berjaya membawa "eKapala" mereka kepada saya, akan saya anugerahkan 10 000 gold, gelaran "Panglima Setia Gagah Perkasa" di mana dengan gelaran ini, mereka juga akan di berikan sebuah daerah yang mempunyai 10 000 keluarga untuk di selia.



Saya tahu langkah ini adalah langkah drastik, namun ia adalah satu langkah yang perlu di ambil bagi memastikan kesinambungan Parti Solidariti Ummah Nasional. Bak kata mat saleh, "a necessary evil."




Oklah, kita dah habis berjenaka hampeh mari kita mula serious dalam 1,2,3.....

Sepertimana yang telah saya nyatakan di dalam artikel saya sebelum ini, saya akan berusaha bagi merealisasikan menifesto saya yang berikut

1) Meneruskan polisi mengetepikan semangat berparti dan memilih untuk meneruskan bekerja sama dengan ke semua pihak di eMalaysia bagi menjaga kedaulatan negara tercinta kita daripada sekali lagi di nodai oleh anasir luar.

:- Di sini saya ingin mempelawa mana - mana pihak yang ingin berkerjasama dengan Parti Solidariti Ummah Nasional bagi kebaikan eMalaysia untuk menghubungi saya secara langsung. Jika ia membawa kebaikan kepada negara tercinta, kami pasti akan menyokongnya.

2) Memulakan program "mentor mentee" bagi generasi rakyat eMalaysia yang menjadi ahli Parti Solidariti Ummah Nasional.

:- Kepada ahli - ahli senior Parti Solidariti Ummah Nasional yang berminat untuk menjadi mentor boleh berikan nama pada saya. Ahli - ahli junior juga di galakkan untuk menyertai program ini dan anda akan di "jodohkan" dengan salah seorang ahli senior parti.

3) Memulakan program "Skim Rumah Kos Rendah" bagi rakyat eMalaysia yang menjadi ahli Parti Solidariti Ummah Nasional.

:- Skim Rumah Kos Rendah terbuka kepada semua ahli Parti Solidariti Ummah Nasional. Jika anda berminat untuk menyertai skim ini, anda boleh hubungi saya. Saya akan nyatakan syarat - syarat yang perlu anda patuhi dan juga pilihan skim yang boleh anda pilih.

Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan kepada n000bhunter kerana telah menerajui Parti Solidariti Ummah Nasional dengan jayanya selama 5 penggal berturut - turut.



Selain itu, dengan kesempatan ini, saya juga ingin memaklumkan bahawasanya buat masa ini, saya akan mengekalkan barisan kepimpinan Parti Solidariti Ummah Nasional yang sedia ada. Saya akan menghubungi ahli - ahli parti bagi mengeratkan silaturahim dan juga mendapatkan maklum balas dari mereka jika mereka ingin menawarkan perkhidmatan di dalam parti. Perubahan hanya akan di lakukan setelah mendapatkan maklum balas dari ahli parti.

Itu saja penulisan saya pada kali ini. Sekali lagi terima kasih kepada yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menerajui Parti Solidariti Ummah Nasional pada penggal Mac 2021.