Majlis Penyerahan Kunci "Skim Rumah Kos Rendah" (UMMAH)

Day 4,869, 21:17 Published in Malaysia Malaysia by Noveras
Assalamualaikum dan salam 1eMalaysia!!!

Alhamdulillah, sebentar tadi telah selesai majlis penyerahan kunci rumah bagi peserta "Skim Rumah Kos Rendah" anjuran Parti Solidariti Ummah Nasional.


Gambar 1:- Majlis penyerahan kunci

Bagi sesi pertama ini, dua ahli Parti Solidariti Ummah Nasional telah memohon untuk menyertai "Skim Rumah Kos Rendah" dan dua ahli tersebut adalah

1) xAsadx

2) Mirzlin

Kedua - dua ahli tersebut telah menerima subsidi sebanyak MYR 4,275 setiap seorang maka jumlah keseluruhan subsidi bagi sesi pertama ini adalah MYR 8,550. Subsidi ini telah di sumbangkan oleh Presiden Parti Solidariti Ummah Nasional (angkat bakul sendiri) .


Gambar 2:- Rumah - rumah yang siap di bina

Pihak Parti Solidariti Ummah Nasional akan meneruskan sokongan kepada kedua peserta setiap minggu sehingga tempoh masa di mana kedua - dua mereka sudah mampu untuk memiliki rumah sendiri tanpa bantuan dari pihak parti.

Itu sahaja laporan berkenaan status terkini "Skim Rumah Kos Rendah" dari saya, Presiden Parti Solidariti Ummah Nasional. Sebarang sumbangan untuk memperluaskan lagi program ini boleh di lakukan melalui saya.

Yang benar,
Noveras
(Presiden Parti Solidariti Ummah Nasional)