Batu
JUJAI23
"hey, kau nak ikut aku?"
"pergi mana?"
"jadi batu. nak?"
"batu?"
"yup, batu."
pantas aku tarik tangan, dan kita menjadi batu. Kau kubawa bergolek. kau tercungap letih, aku tak peduli. aku mahu kau kenal diri aku melalui fizikal batu. Dunia yang hanya ada dua pilihan. Menjadi batu diam menurut, atau menjadi insan.
"lambat! cepat kejar aku."
"tak mahu. penatlah bongok. jangan laju sangat."
aku dan kau sampai di satu tasik. malam. gelap. tiada orang. yang ada hanya batu seperti kita berdua. aku capai satu batu, aku lontar.
1 2 3. tenggelam. 3 kali lantun.
aku capai satu batu lagi, aku lontar lagi.
1 2 3 4. tenggelam. 4 kali lantun.
"Heh, mana yang aku ajak tadi"
aku pon pulang berlalu pergi, masih menyerupai batu
Comments
terlalu mendalam makna yg tersirat di sebalik artikel ini..sehingga aku mnjadi buntu mendapatkan maksudnya
duduk rumah, jam 3 pagi minda tiba tiba rasa nak bekerja
woii..kau pegi mana tadi??kau blah tinggalkan aku camtu je lepas kau baling aku dalam tasik tadi..harey betul
henshin...... batu armor
Lahh dah kau membatu je dari tadi.. hmm
batu loncatan - menggunakan sebagai untuk melompat
batu api - ini bahaya boleh buat orang bergaduh
hati batu - azam yang teguh
Silap membatu, kedalam nanti pak
Untung batu timbul, untung sabut tenggelam... 😃 😃 😃
Pulak... dia main tenggelam timbul cam gitu je berdua tu
Batu yg stone sbb ambil ais. Hahaha
Pandai kau... air batu lah yang tak tenggelam