[MoSA] Pertandingan Pantun Bulan Kemerdekaan
Prime Minister's Department
Buat julung-julung kalinya Ministry of Social Affair (MoSA) akan menganjurkan pertandingan pantun bersempena dengan bulan kemerdekaan bagi warga eMalaysia. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan semangat cinta akan negara dalam kalangan warga eMalaysia di samping dapat menghargai seni warisan tanah air kita terutamanya pantun. Pihak MoSA juga berharap agar program ini dapat menjadi pemangkin bagi warga eMalaysia untuk terus berkarya bagi mewarnai ruangan akhbar di masa akan datang.
Syarat-syarat pertandingan
1. Pertandingan terbuka kepada seluruh warga eMalaysia
2. Peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan
3. Penyertaan boleh dihantar dengan meninggalkan link artikel anda diruangan komen artikel ini
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14/8/2020 atau 4650 02:00 masa erepublik
TEMA PERTANDINGAN : (eMalaysia Tanah Airku)
Hadiah Pertandingan
Tempat pertama:10k cc
Tempat Kedua: 7k cc
Tempat ketiga: 5k cc
Setiap penyertaan akan menerima 100 food Q3
Akhir kata selamat maju jaya kepada seluruh warga eMalaysia
Country President of eMalaysia
Awang
Deputy Minister of Social Affairs 1
Irfanfikri
Comments
Pertamaxxxxx hoyeaaaahhhhhh
Jalan-jalan ke Tanah Abang
Mantap kali lah bang
Ke Semarang liat kontes mukbang
Kurang panjang bang...
mantoppmax o7
Tuai padi antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
buat artikel bukan buat kat komen 😛
😛
Pantun bersambut rangkap betaut.
Rapi dijalin manis ditutur,
Jangan serabut usahlah takut,
Mari bermain sambil berhibur
o7
💪🏿
https://www.erepublik.com/en/article/merdeka-milik-kita-2722172/1/20
Penyertaan Pertama
bila dpt tau keputusan ni?? hehehehe
Maaf di atas keterlewatan. Pihak MoSA sedang menilai karya-karya yang telah memasuki pusingan finalis....hehehehe
Ada harapan x finalist dapat no 1 2 3?? Hahaha
Rahsia ...🤭🤭🤭
PENGUMUMAN PEMENANG
Pertama-tamanya pihak MoSA ingin memohon maaf di atas keterlewatan pengumuman pemenang kerana terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebagai tanda maaf dari pihak kami, hadiah penyertaan 100 food q3 yang dijanjikan akan ditambah menjadi 500 food q3. Berikutan dengan pemenang pertandingan pantun ini, keputusan yang dikeluarkan oleh hakim adalah muktamad. Kami berharap agar semua peserta berpuas hati dan reda dengan keputusan yang telah dikeluarkan.
Tempat pertama: OPMM Wingman
erepublik.com/en/article/2722172
Tempat kedua: Amli Nujhan
erepublik.com/en/article/2722207
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana sudi memeriahkan pertandingan ini. Teruskan menyokong program-progam di bawah MoSA.
Terima kasih MoSA!!!