[MoE] POLITIK PERANG

Day 4,622, 11:50 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan



Jika kita persoalkan, di rantau manakah tertumpunya kancah peperangan di dunia ini?
Maka mudah saja kita tuding... nun di Timur Tengah.
Rantau itu selama berdekad tidak pernah padam api perangnya.
Palestin, Syria, Jordan, Iraq, Iran, UAE, Yaman, Afghanistan... Ada saja konflik perang yang besar-besar.

Demi perebutan kuasa politik.



Nah, sekarang aku tanyakan pula di manakah tertumpunya kancah politik di dunia ini?
Aku mengatakan ia di rantau Asia Tenggara.
Tidak salah juga jika saya katakan, terutamanya... Malaysia !!!

Jangan lihat daratannya yang kecil comel ini. Tetapi lihatlah lautnya.
Maka anda dapat lihat Laut China Selatan (atau nama dalam peta lama ialah Laut Melayu); merupakan satu lautan yang paling strategik serta menjadi krisis tuntutan bertindih banyak negara.

Tidak kurang pentingnya juga Selat Melaka yang merupakan laluan perkapalan yang paling sibuk.

Malaysia bukan lah sebuah kuasa military untuk hadapi semua ini.
Bak sabda good for nothing ex-MOD Malaysia, Encik Mohamed Sabu, “when elephant fight the grass will suffer”

Pada tahun 1989 lampau, aku terbaca buku tahunan Times Almanac. Di situ tertulis bahawa pendapatan utama negara ialah pelaburan asing... Wah, ku sangkakan timah atau getah atau petroleum sebagaimana yang diajar di dalam buku teks geografi sekolah.

Apa yang sebenarnya berlaku di sini?....
Helah politik !
Malaysia mengamalkan dasar negara berkecuali yang tidak memihak blok komunis mahu pun blok kapitalis.
Maka di negara ini terdapat aset-aset pelaburan penting dari pelbagai negara serata dunia. Ada syarikat USA, British, Perancis, Jepun, Rusia, China, India, Arab... macam-macam.

Itu sebenarnya defence kita.
Jika ada pihak yang mahu merebut kepentingan dengan cara mencetuskan ketegangan militari, maka ramai pihak lain akan datang untuk mempertahankan aset-aset dan kepentingan mereka.
Malaysia ni ibarat clown sarkis yang juggling barang2 tajam dan api berbahaya...

Anasir komunisme tidak pernah padam... ia tetap berbara di dalam sekam.
Korea Utara yang sepertinya tiada apa kaitan pun dengan kita... selain dari tragedi pembunuhan Altantuya dan abang tiri Kim Jong Un.
Tahu tak... bahawa Malaysia merupakan pusat operasi teknologi komputer dan internet bagi Korea Utara. Banyak hal hubungan 2 hala dengan Korea Utara yang kita tidak pernah sangka. Tidak pelik jika teksi Korea Utara di sana menggunakan kereta Proton.

China...
Tidak perlu aku beri ulasan tentang hubungan politik dan ekonomi antara Malaysia-China.

Komunisme aktif menyusup di dalam politik Malaysia.
Komunisme juga sedang menyalakan api di Indonesia.

Aku harap rakan-rakan di Indonesia; khususnya Malar, Silvers, Jeruk, Maxdi serta lain-lainnya tidak terjebak di dalam fitnah politik yang sedang berlaku sekarang.

Pada prinsip militari dan politiknya... Malaysia dan eMalaysia itu sama.
Aman... Amin.




Politikus,


Minister of Edutainment