Cerekarama - Tok Ketua Mencari Miyabi
JUJAI23
Kembali Bersiaran
Selepas negara menghadapi Pilihanraya Presiden baru baru ini.. Saya ingin berkongsi kisah salah satu tanggungjawab sang ketua sebuah kampung.. Mohon menjadi tauladan kepada pemimpin kita.
Burung berterbang riang. Ayam berkokok tanpa perlu rasa bersalah. Belalang kadang kala melompat ke depan atau pun ke belakang. Landak pula ralit mengasah duri menggunakan batu sungai.
Angin pula membelai dingin. Sejuk. Aliran air sungai bersih. Suci. Boleh di minum tanpa was-was. Tanaman pula subur menghijau. Indah.
Itulah antara fenomena di sebuah kampung di beri nama Kampung Telur Di Hujung Tanduk.
Hidupan eksotik yang di anggap pupus kini masih ada di kampung itu, malah kadang kala tanpa segan silu haiwan itu bercakap dengan penduduk kampung. Sudah menjadi perkara biasa.
Di kampung itu pula, ada seorang tok ketua. Beliau ini berkuasa meneraju kampung tersebut. Segala permasalahan bolehlah dirujuk pada beliau. Kredibiliti beliau terserlah setelah lebih 15 tahun memegang jawatan itu.
Ekonomi penduduk kampung adalah bercucuk tanam. Mengguna pakai konsep berjasa pada tanah, tok ketua mereka satu tanah terancang dilengkapi sistem aliran air yang sistematik.
***
"Tok ketua...ooo... tok ketua..." laung orang kampung dari halaman rumah.
Tok ketua yang sedang membaiki kandang zirafah bergegas bertemu dengan orang kampungnya. Omar Marzuki nama orang itu.
"Haa. Pesal?" tanya tok ketua ringkas.
"Ni hah. Macam mana nak kopek kelapa ni. Saya lupa dah," soal Omar Marzuki.
"Sedara kena guna parang. Kapak. Mahupun benda yang lebih tajam lagi seperti mata lembing. Bukan dengan garfu sedara. Bukan," jelas tok ketua ramah.
Selepas tok ketua menikam perut Omar Marzuki enam belas kali dengan garfu itu, baru lah Omar Marzuki faham. Pesen bengap. Dah 10 tahun tanya benda yang sama.
Tapi tok ketua tetap bersabar. Melayan karenah orang bawah jagaannya.
Bukan itu saja, tok ketua juga pernah menyelesaikan satu soalan peringkat tinggi seperti membantu orang menyelesaikan masalah kebocoran kapal selam dengan mengguna pakai konsep Archimedes. Segala ilmu di dada di kerah.
"Daya tujah ke atas tak berapa nak 'in'," fikir tok ketua tenang.
Lantas tok ketua membaiki kapal selam milik saudagar daripada Kelantan.
***
"Bang, ulam dan sayur dah abis. Adalah molek jika Abang ke hutan sana. Mencari sedikit ulam dan sayuran sebangkul dua. Kalau ada buah betik. Petik lah. Patik nak makan. Teringin. Hehe," bicara bini tok ketua. Manja.
Berusia 45 tahun. Badan masih mantap. Lentik.
"Baiklah," balas tok ketua tanpa banyak soal.
Selepas isterinya siapkan bekalan makanan. Tok ketua mahu berangkat ke hutan. Lantas beliau;
"Justin Biebir. Justin Biebir," laung tok ketua.
Dengan laju kuda berwarna hitam ada nombor siri 1805 XFC di leher laju berlari mendapatkan tuannya.
"Bagus. Bagus," puji tok ketua.
Justin Biebir ni memang pantang tok ketua panggil. Lantas sekencangnya berlari menuju tuannya.
Justin Biebir ni tok ketua jumpa masa kecil lagi. Tersepit dalam sepit ketam. Ketam dulu makan anak kuda. Besar juga ketam itu. Boleh sebesar kereta sorong sekarang.
Selepas beberapa lama di hutan. Tok ketua ternampak satu makhluk. Mukanya lain daripada sebarang gadis di kampung. Indah. dan menawan. Berbogel. Tiada seurat benang pun menutup badannya. Tak segan silu pula tu. Sedang ralit makan buah betik.
"Indahnya," kata tok ketua.
Pandangan nafsu tok ketua seraya Justin Biebir berhenti.
Dada lentik. Bibir melekit. Mulut yang cantik. Mungkin sebab suka makan betik.
Kaki berkilat. Badannya yang mempersonakan mata, lantas mewajarkan hati untuk memeluk tubuh itu. Segala macam sempurna la. Terkesima tok ketua seketika.
Air liur tok ketua mula menitik kena leher Justin Biebir. Lantas Justin Biebir teliur juga.
Tok ketua mula memasang niat jahat. Alahhh, bukan ada sapa dalam hutan ni.
Terus tok ketua buka kain pelikatnya....
Bersambung...
Comments
Pertamax!!
-Kuda siap ada nombor plate dan bernama Justin Biebir....tak tau aku nak cakap apa...
-dah 10 tahun pun masih tak pandai potong kelapa...hampeh...
-last skali tu...kena la tunggu episod sterusnye...
Jujai ko ni memang pandai buat citer lawak la....dan tolong jgn bagi mhifzan approve draf ko nanti tak pasal2 suh tukar ending lain...publish terus...hahaha.... 😛 😛 😛
LOL! Asal ada Justin Biebir -.-
oiii oii apa lak salah aku, aku kasi idea, bkn kasi arahan, dia director. dia la ounya power 😛
lau jujai23 buat x sedap. aku gi umah pancit kan tayar motor dia . hahaha xD
o4
Klimaxxxx
Hahaha..tambah gambar sikit lagi bagus..cekerama bergambar 🙂
Jujai, straight to the point... What is happening? Your article too long... Please share
malay drama le , mesti byk episode !!
if straight to the point no fun reading it la... 😛 😛
tk sabar nk tunggu episode 2 nie , haha
permulaan menarik, tapi.......
jilake.. buntak comment pown berepisode... hahak