TEKA-TEKI BABI

Day 4,907, 02:33 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan


PERTAMAXXX

Arakian kata Sahibul Hikayat... kononnya di dalam sebuah hutan ada 3 ekor babi jantan bersaudara yang gagah perkasa.
Lalu berjalan lah ketiga-tiga babi tersebut di rimba yang indah.
Sehinggalah mereka perjalanan mereka terhenti di sebatang sungai. Untuk meneruskan perjalanan, mereka perlu menyeberangi sungai itu.

Tanpa mereka ketahui di dalam sungai itu ada seekor buaya di dalamnya.
Buaya ini mempunyai suatu tabiat ganjil. Iaitu dia suka memakan SAWAT haiwan yang melintasi sungai itu.
Entah kenapa, memang wujud buaya MAHO sedemikian.

Maka babi yang pertama berenang merentasi dahulu...
Sampai dipertengahan sungai, dia berasa satu sensasi anih terjadi.
*TUS* ... terasa pelik di celah kelangkangnya.
Setibanya di seberang, baru lah dia menyedari bahawa SAWAT kejantannyannya telah putus dimakan sesuatu. "Celaka! Baaaaaaabi betul...", sumpahnya di dalam hati.
Akan tetapi memanglah tabiat binatang babi ini dia tak puas hati kalau dia saja tertimpa kecelakaan, melainkan member-member dia yang lain pun perlu ditimpa malang juga... baru adil.
Lalu babi pertama tadi pun panggil rakan-rakannya di seberang...

"Hei geng... line clear, aku selamat sampai..."

Lalu babi kedua pula berenang. Serupa juga nasib babi pertama tadi, dipertengahan sungai itu dia merasakan *TUS* yang anih...
Sehingga lah babi itu pun tiba ditebing. Babi pertama tersengih tengok gelakat kawannya yang masih confuse itu.
"BAAAAAABI kau....!"

Perkara dah terjadi, nak buat macam mana... nasib lah.
Lalu babi berdua itu pun segera berpakat panggil babi yang ketiga di seberang sana...

"Bro... kami dah selamat ni, cepat lah kau berenang pula."

Tanpa berlengah, babi ke-3 itu pun berenang...
Berenang... berenang... berenang... Dia berjaya tiba ke seberang.
Tiada apa berlaku padanya.
SAWAT tidak dimakan buaya MAHO... MENGAPA???

Cuba fikirkan teka-teki ini apa jawabannya.
Jika sudah give up tak jumpa jawaban, sila klik link ini untuk tahu kenapa...


EPISOD KEDUAXXX


Ketiga-tiga babi itu pun meneruskan perjalanan lagi...
Sehinggalah mereka tiba di sebatang sungai yang lain pula. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Sememangnya di sungai itu terdapat 3 ekor buaya ganas yang sudah beberapa hari kelaparan.

Setelah lat-ta-li-lat-tam-plom ternyata babi pertama terpilih sebagai perenang pertama untuk merentasi sungai itu.
Dengan lagak beraninya babi pertama terus terjun ke dalam sungai. Namun belum jauh dia berenang, datang buaya pertama dari dasar sunga... terus menyambar babi itu.

Kejadian itu berlaku sepantas kilat hingga kan kedua-dua ekor babi yang memerhatikannya pun tidak pasti apa sudah berlaku.
Ini kerana babi pertama itu hanya secara tiba-tiba tenggelam dan belum timbul-timbul. Timbul syak yang kuat bahawa babi pertama tadi sudah ditarik oleh buaya. Tetapi setelah mereka berdua berbincang, timbul teori-teori bahawa babi pertama tadi itu lemas kerana letih; atau tak mampu melawan arus sungai; atau mungkin tiba-tiba cramp urat... noob bab berenang ni.
Seribu kemungkinan lah... Memang tabiat babi ni semula jadi degil, lalu mereka tetap dengan keputusan awal mereka tadi untuk berenang ke seberang.

Setelah One-Two-Zoom , babi kedua yang ambil giliran berenang.
Setelah berenang agak jauh, tak semena-mena timbul buaya kedua dan terus menyambar babi itu dengan ganasnya.
Kejadian ngeri itu dilihat nyata oleh babi ke tiga. Hal itu sangat menakutkan sekali.

Sekarang hanya dia seekor saja babi yang tinggal. Bermacam perasaan datang melintas di fikirannya.
Yang pentingnya jika dia ingin meneruskan perjalanan pulang ke rumah, maka dia perlu mencari jalan untuk menyeberangi sungai itu.
Maka terfikir lah olehnya bahawa mungkin hanya ada 2 ekor buaya sahaja di dalam sungai itu ; dan tentunya buaya-buaya itu sudah pun kenyang setelah melahap kedua-dua babi tadi.
Timbul dorongan tekad untuk tetap cuba menyeberang... Degil.

Berenang... berenang... berenang...
Akhirnya babi itu berjaya sampai ke seberang dengan selamat.
Babi ketiga itu berasa dia telah mengambil keputusan bijak kerana mampu meneka dengan tepat bahawa hanya ada 2 ekor buaya saja.

Tetapi, bukankah masih ada seekor lagi buaya ke-3... MENGAPA ???

Cuba fikirkan teka-teki ini apa jawabannya.
Jika sudah give up tak jumpa jawaban, sila klik link ini untuk tahu kenapa...


EPISOD KETIAXXX

Al-kisah, babi tu pun sampai ke kampung halamannya.
Gembira sunguh dia apabila melihat anak-anaknya yang comel berlarian datang menyambut kepulangannya.
"Yay yay... bapak balik... bapak balik..."

TRIVIA BABI: Jika kau baru mendapat anak, adalah menjadi lumrah bagi masyarakat Siam(Thai) memuji bayi itu dengan berkata,
"Comelnya baby kau,... macam anak babi." Ia suatu yang dianggap polite.


Setelah bapak babi itu berehat seketika, dia pun ingin keluar berjalan melihat-lihat kampung halaman yang sudah lama dia tinggalkan.
Dia pun mengajak anak-anaknya ikut pergi berjalan. Sukanya anak-anak babi dapat ikut bapak pergi berjalan-jalan.

Berderet 3 ekor anak babi mengikuti bapanya.
Sehinggalah perjalanan mereka terhalang oleh suatu parit yang merentangi jalan.
Bapa babi lantas melompat ke seberang parit sebagai demonstrasi.

"Ayuh, lompat ke mari..." Gesa bapa babi kepada anak-anaknya.
Anak babi yang pertama berlari-lari dan melompat. Dia berjaya lepas.
Anak babi kedua pula mengambil lajak agak jauh, lalu meluru laju dan melompat. Dia pun berjaya lepas.
Anak babi yang ketiga agak kecil dan merasa ragu.
Namun dengan semangat kebabiannya yang yakin boleh, dia pun terus meluru sekuat tenaganya.
Lalu melompat... nyaris dia terjatuh ke dalam parit. Namun setelah sedikit terkial-kial memanjat tebing, dia pun berjaya lepas juga...

"Alhamdulilah,...kelima-lima kita selamat," ujar bapa babi penuh kesyukuran.
Eh, bukankah anak babi ada 3 ekor sahaja. Mengapa bapa babi itu berkata demikian?... MENGAPA ???

Cuba fikirkan teka-teki ini apa jawabannya.
Jika sudah give up tak jumpa jawaban, sila klik link ini untuk tahu kenapa...


EPISOD KEEMPAXXX

Gembiranya anak-anak babi dapat berjalan dengan bapa mereka.
Berlompatan dan kejar mengejar suka hilai di belakang bapa.
Kadang-kadang apabila tejumpa busut mereka pakat sondol rata...
Atau bila jumpa umbut pohon, berlumba mereka siapa paling hebat membongkar alam sekitar.
Dasar perangai babi sejak kecil begitulah... Perosak profesional.

"Hei babi... !"
Tersentak anak babi mendengar suara menegur mereka. Terus mereka beratur tunduk di belakang bapa mereka.

"Kau nak ke mana babi, berduyun dengan anak-anak comel kau ni?" Kata haiwan yang menegur tadi sambil tersenyum.
"Oh, kau rupanya Sang Kancil... maaf lah aku tak tegur. Aku tak perasan kau ada kat bawah pokok tu," jawab bapa babi.
Setelah berbual sekejap menyapa kancil tadi, keluarga babi itu pun meneruskan perjalanan.

"Hoi babi... kau nak kemana?"
Rupanya musang pula yang menegur. Anak babi terus tunduk bersembunyi di belakang bapa mereka.

"Comelnya anak-anak kau wahai babi... dah makin besar rupanya." Puji musang.
Maka begitu lah sepanjang perjalanan itu. Bapa babi ini seekor binatang yang popular di rimba itu.
Semua binatang menegur sapa babi dengan ramah, seraya memuji anak-anak babi itu.

Persoalannya... Mengapakah anak babi itu ketika berjalan itu hakikatnya suka sangat vandalisme dan bikin kecoh. Tetapi sebaik saja berselisih dengan haiwan lain, mereka terus tertunduk senyap di belakang bapa mereka.... MENGAPA???

Cuba fikirkan teka-teki ini apa jawabannya.
Jika sudah give up tak jumpa jawaban, sila klik link ini untuk tahu kenapa...


Politik kebabian itu ada di mana-mana.




KLIMAXXX,