BDBs: Reborn!!

Day 4,867, 03:18 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman

Jom tengok sikit trivia tentang sahabat lama kita di eRepublik yang telah kembali semula!!

Orang yang dimaksudkan adalah Buntak Dayung Bluesavvy!!!

Telah eLAhir pada April 2010 dan berpangkat GoW* dibawah naungan eRegimen Renjer. Suatu masa dulu memang aktif lagi-lagi masa penaklukan PTO oleh eSerbia. Antara orang yang berpengalaman dalam Sidang Kongress eMy dan juga bijak merancang aktiviti membantu sesama player sejak dulu. Aktif dalam pembangunan Rumah Anak YAtim (RAYA) untuk supply food pada eMy citizen. Malangnya RAYA telah terkubur selamanya.

Kenapa Buntak Dayung Bluesavvy??
Buntak Dayung merujuk kepada sebutan untuk mentadak mentadu (pet beliau masa dulu) dan Bluesavvy merujuk kepada Kereta Proton Savvy Biru milik beliau. banyak jasa kereta tu pada beliau dan dapatla jugak aku menumpang dulu zaman belajar.

Kehidupan RL
Seorang yang baik hati, menetap di Sarawak dan masih bujang. Sapa2 nak berkenalan boleh la cuba msg beliau. manala tau jodoh kan!! 😃

Apapun selamat kembali ke eRepublik. Semoga dengan kebangkitan semula Buntak Dayung akan merancakkan lagi pola permainan dalam eRepublik!!