[MoE] THE WISE FOOL

Day 4,541, 21:19 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan



Watak Mawlana Nasiruddin ialah satu watak folklore yang popular di rantau Arab, bermula dari kawasan utara India merentasi hingga ke Maghribi.
Lebih kurang dengan watak Abu Nawas.

Untuk acara Sayembara Penulisan, Minister of Edutainment hendak bercerita satu babak kisah Mawlana Nasiruddin. Semoga lebih ramai lagi warga lain yang turut sudi berkongsi karya bebas masing-masing.

Syahadan alkisah...
Pada suatu hari seorang murid Nasiruddin bertanya padanya,

"Ya Mawlana, yang mana kah lebih baik...
A- Seorang yang mampu menumbangkan pemerintah yang zalim
B- Seorang yang mampu menumbangkan pemerintah yang zalim, tetapi beliau tidak berbuat begitu.
C- Seorang yang mampu mencegah dari pemerintah yang zalim itu dari ditumbangkan."

... "???"

Mawlana Nasiruddin menjawab,
"Aku tidak mengajar engkau untuk itu semua; sebaliknya supaya menjadi orang yang mampu hidup dengan apa yang ada."

SYARAH BAYAN

Cara penyampaian sastera Arab selalunya mempunyai kias ibarat yang pada sepintas lalu kelihatan seperti persoalan bodoh, dan jawabannya pula out of the box yang terlebih bodoh.
Namun wisdom itu terselindung di sebalik kebodohan... Jika kau dapat singkap kebodohan kau selapis demi selapis, maka kau dapat menemukan kebijaksanaan itu.... yang juga berlapis-lapis tahapnya.

A- Seorang yang mampu menumbangkan pemerintah yang zalim:
Mungkin kau melihat Nerzhu1 banyak kepincangan sebagai CP, lalu ramai rakyat yang tidak mendapat kehidupan selayaknya.
Jika kau dapat impeach Nerzhu1... maka kau hebat.

B- Seorang yang mampu menumbangkan pemerintah yang zalim, tetapi beliau tidak berbuat begitu:
Orang mungkin mengeluh dan menkritik bahawa Nerzhu1 tidak competent sebagai CP, dan kau pun bersetuju... Tetapi jika kerajaan yang didirikan di sebalik kedudukan Nerzhu1 ini ditumbangkan, siapa yang akan ganti?...
Mencari kesempatan dalam kesempitan ialah pihak PTO yang belum tentu lebih baik dari pemerintah yang sedia ada.
Jika kau dapat melihat senario itu samada di sini atau dunia sebenar (Saddam, Gadafi etc)... Maka kau lebih bijak.

C- Seorang yang mampu mencegah pemerintah yang zalim itu dari ditumbangkan:
Kau mampu menumpaskan usaha anasir PTO serta gerakan dakyah mereka... memang kau terlebih-lebih lagi kehebatannya.


Akan tetapi... ada lagi yang lebih hebat...
"Aku tidak mengajar engkau untuk itu semua; sebaliknya supaya menjadi orang yang mampu hidup dengan apa yang ada."
Iaitu untuk menjadi Minister of Edutainment seperti Mawlana Nasiruddin.
Tak kisah lah murid yang datang tu level A, B atau C... semua pun dia yang ajar.

Jangan malu segan, mungkin itu gara-gara sombong meninggi diri...

Belajar tinggi-tinggi,
Bodoh bertingkat-tingkat.

Pandai tidak dapat di tumpang,
Bodoh tidak dapat diajar.



Dinukil oleh,


Minister of Edutainment

Glossary: ZALIM ialah apabila meletakkan sesuatu tidak sesuia ditempatnya. Seumpama meletak songkok di kaki, junjung selipa di atas kepala... itu zalim