"Khilafah Nubuwwah" (Politik)

Day 4,723, 11:27 Published in Malaysia Croatia by Danny Herlino Sutra

"Allah yang Maha Mengangkat, Maha Memuliakan, juga Maha Menjatuhkan, Maha Menghinakan makhlukNya."

Politik Khilafah Nubuwwah (Politik Kenabian) adalah politik zaman Para Nabi, atau zaman Para Wali Allah (untuk Umat akhir zaman). Berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w, yg Sunnah diketahui, Nabi berjumlah 124,000 Rasul berjumlah 313 , dan Kitab berjumlah 104. Yg wajib diketahui 25 Nabi dan Rasul. Perbezaan antara Nabi dan Rasul, Nabi bermaksud wahyu dan petunjuk Allah diberikan untuk dirinya sendiri, manakala Rasul (utusan Allah) bermaksud wahyu dan petunjuk Allah untuk dirinya serta umatnya.

Berdasarkan kajian, Asal-usul semua agama di dunia adalah bermula drpd Rasul-rasul yg diutuskan untuk kaum masing-masing, tetapi ajaran Rasul dirosakkan oleh pengikut2nya (dengan merubah sedikit demi sedikit ayat dalam kitab agama dari generasi yg seterusnya). Dalam AlQuran juga Allah berfirman, "Tidak ada kaum melainkan telah diutuskan seorang Rasul". Dan terbukti, setiap agama pasti ada ayat yang membicarakan tentang nilai "Tauhid", dan banyak juga agama di dunia telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w secara tersirat, termasuk dalam kitab Bible (Injil), Torah (Taurat), Veda-Hindu (Ajaran Brahma/Nabi Ibrahim) dan Buddha. Selain berita tentang kedatangan Dajjal Anti-Christ/Anti-God seperti dalam Bible (Injil).

Antara dalil hadis tentang Dajjal,
Berdasarkan hadis, dari Ibnu Umar berkata,
"Kemudian Nabi SAW berdiri di hadapan manusia, lalu memuji Allah yang Dia satu-satunya paling berhak dipuji. Kemudian baginda menyebutkan masalah Dajjal dan bersabda, 'Sungguh aku mengingatkan kalian tentangnya dan tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal itu. Sungguh Nabi Nuh AS telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentang bahawa para Nabi (sebelumku) belum pernah mengatakannya, iaitu bahawa Dajjal itu a'war (buta sebelah matanya) dan sesungguhnya Allah tidaklah buta sebelah'."
(HR Bukhari)


Maksudnya, sudah jelas bahawa Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa setiap rasul telah memberi peringatan kepada kaumnya tentang Dajjal. Sungguh, kemunculan Dajjal merupakan fitnah terbesar yang dihadapi manusia sejak zaman Nabi Adam A.S.

Berbalik tentang asal-usul agama2 yang ada di dunia, selain mereka mengubah wahyu dan perintah Allah, amalan Syirik adalah kesalahan utama dalam kesesatan agama2 yang lain yang berpunca daripada fahaman guru-guru mereka, apabila menciptakan "patung berhala" atau ukiran makhluk, ada sebagian yg bertujuan utk ber"Tuhankan Rasul" sendiri dan ada sebagian pula bertujuan mendekatkan diri dengan Tuhan, contohnya "batu ratapan" seperti kaum yahudi.

Apa yang membezakan Islam dengan agama2 terdahulu? Sudah jelas bahwa, tidak ada agama yang benar-benar Ber"Tauhid" melainkan Islam. sebab Nabi Muhammad s.a.w telah melarang umatnya melakukan Bidaah (hukum yang diada-adakan) dalam agama, dan tidak ada larangan Bidaah daripada Rasul-rasul yang terdahulu kecuali daripada Nabi Muhammad s.a.w. Lebih menarik, perkataan "Islam" berasal dari perkataan "As-Salam" yang bermaksud "Selamat".

Selain itu, Nabi Adam juga adalah seorang Rasul yg hidup selama ribuan tahun dan telah diwahyukan sebanyak 10 suhuf berkaitan perintah Allah (kepada anak cucunya yaitu "umatnya" yg berjumlah ratusan ribu yg bermula daripada 20 anak kembarnya). Pengajaran bahawa hanya orang-orang yg beriman dan bertakwa sahaja yang berhak diangkat darjat, dijadikan sebagai "Khalifah Allah" (dalam sistem Khilafah Nubuwwah), dengan izin Allah.

Selain daripada itu, yang sunnah diketahui, para malaikat pula berjumlah bertrilion2 (bahkan melebihi jumlah "Jin" dari awal sampai akhir zaman). Dan ada beratus2 jenis malaikat. Cthnya seperti, malaikat muwakkal, zabaniyah, hafadzah, rahmat, ahzab dan lain2. Tapi yg wajib diketahui, hanya 10 jenis malaikat yg utama.

Berdasarkan "teori statistik" (Pendapat matematik) pula, sejak dari awal zaman sehingga akhir zaman, manusia sentiasa sebanyak 3%, jin 7% dan malaikat 90% (Hanya Allah yang Maha Mengetahui, ada had tetapi tidak terhitung, jumlah malaikat mengatasi segala makhluk yang ada di langit dan bumi).

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

Selain itu, Politik 'ala Minhaj Nubuwwah (Politik mengikut aturan Kenabian) hanya berlaku selepas zaman para Nabi. Sebab Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah perintah atau berpesan kepada umatnya utk berbaiat kpd seorang Khalifah Islam (yg bergelar "Khalifaturrasul" atau pengganti kepimpinan utk Daulah Rasulullah s.a.w). Dalil-dalil "Khilafah ala minhaj Nubuwwah" juga ialah asal-usul sistem Khulafa' ArRasyidin. Dan Sistem pemerintahannya juga akan dipakai pada zaman Khalifah Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S kelak.

Perlu difahami, ada perbezaan makna "Khalifah Islam" (pemimpin utama dlm pemerintahan Islam) dan "Khalifah Allah" (utk para wali Allah. Sebab Allah suka orang2 yg bertakwa). Semua dengan izin Allah yg ber-hak terhadap hamba2nya. Ulamak zaman dahulu pernah berkata, "Para wali Allah adalah Khalifah Allah sebenar2nya". Panjang penjelasannya drpd Ulamak tentang wali Allah (ada pelbagai jenis) melalui AlQuran dan hadis.

Kesimpulannya, Khilafah Nubuwwah adalah sistem pemerintahan Allah secara umum terhadap seluruh alam, dalam mengangkat seorang Nabi, Rasul atau WaliNya (ada pelbagai jenis wali-wali Allah). Manakala, Khilafah 'ala Minhaj Nubuwwah adalah sistem pemerintahan Rasulullah secara khusus terhadap umatnya, dalam menyatukan umat, mengangkat martabat, melindungi Hak kaum mukminin dan memuliakan Agama (meninggikan) Islam secara rasmi berbanding agama-agama yg lain.

Wallahualam

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

Maklumat Tambahan,
Dalil-dalil AlQuran dan hadis tentang antara sifat yang boleh merosakkan iman. Contoh seperti Ujub, Riyak, dan Takabbur. Adapun sifat2 ni ada berbagai tingkatan dan ada cara yg "dibolehkan" yg berhubungan dengan iman (hanya Allah yg Maha Mengetahui segala isi hati).

1. Takabbur (Sombong) :- https://konsultasisyariah.com/27772-makna-hadis-tentang-sombong.html
2. Ujub (Takjub diri) :- https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3067-al-kafi-1071-cara-mengatasi-perasaan-ujub-dalam-diri
3. Riyak (Ibadah kerana makhluk) :- https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2630-al-kafi-824-buat-sesuatu-bukan-niat-menunjuk-adakah-itu-riya