[MOE] MEDIA PROAKTIF

Day 4,869, 08:51 Published in Malaysia Poland by Ministry of Edutainment



Sesuai dengan fungsi Ministry of Edutainment yang banyak bertindak sebagai badan penyaluran maklumat, wadah penyampai wacana negara serta pembentuk jati diri rakyat secara amnya, maka media menjadi platform penting untuk menyempurnakan gagasan-gagasan.
Justeru itu, seharusnya iklim dan aktiviti media menjadi fokus utama bagi MoE.

Sehubungan dari itu, pertamanya aku ingin menggesa sekalian warga eMalaysia supaya menjadikan ruangan media ini menjadi lebih aktif.
Keaktifan media memberi refleksi samada kita mempunyai pemain-pemain yang komited sepanjang masa. Jika tidak mampu setahap komited, menyumbang sekadar menunjukkan sikap prihatin bersama pun sudah amat dialu-alukan.

1- Jika asyik hanya orang yang sama sahaja yang menulis dan terlibat membuat komen, ini memberi gambaran negatif terhadap kapasiti warga kita. Bahayanya jika ada pihak menganggap bilangan kita terlalu kecil dan mampu diambil alih PTO.

2- Ada ketikanya warga kita perlu moral support melalui penulisannya itu. Sila berikan kerjasama... Kasihan jika hendak selesaikan misi 25 komen pun berkali-kali terpaksa ulangi percubaan. Terlebih penting lagi jika wadah penerbitan tersebut ialah media rasmi kerajaan seperti ini. Pihak berwajib perlu mendapat gambaran sejauh manakah maklumat berjaya di sampaikan. Hal ini hanya boleh diketahui melalui komentar pembaca sebagai tanda hadir.

3- Apabila kita membuat sebarang komen, itu sebagai tanda penghargaan. Yang paling diharap oleh penulis itu bukanlah jumlah vote, subscribe atau endorsement... sebaliknya beliau berulang kali menyemak respon dan review pembaca.

4- Jika dapatan jumlah vote dan comment itu rendah, artikel tersebut tidak dapat bertahan lama terpapar di muka depan. Jarang pula antara kita ini yang rajin untuk klik semak baca 'more news" atau 'see all'.
Contohnya: Cerita 'SATU RINGGIT, SATU KILOMETER' walaupun ia artikel paling lama, tetapi ia masih berada di rank atas. Cerita 'ARE YOU HOT AWANG?' pula sudah pun keluar dari list sebelum ini tetapi naik semula ke tangga di atas... Ini gara-gara artikel penting sebaran dari MOD tidak mendapat vote dan respon yang baik, lalu artikel itu cepat turun anak tangga lalu hilang dari muka depan.

Lebih baik korang lebih giat, jika tidak giat maka cerita-cerita lama tetap bertompok situ... Selagi ia duduk situ, tiada edisi cerita baru.


Alang-alang berdakwat,

Minister of Edutainment
March 2021