[MoE] Mari berpantun bersama MoE.

Day 4,805, 02:07 Published in Malaysia Poland by Ministry of Edutainment


Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Demikian lah betapa cantiklah bait bait rangkap seni pantun pembuka bicara. Pantun ada salah satu seni yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai suatu warisan budaya tidak ketara dikongsi bersama negara-negara Malaysia dan Indonesia pada tahun 2020.

Pantun (pinjaman bahasa Minangkabau patuntun, "penuntun") merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa dituturi dan dikarang serantau Nusantara di Asia Tenggara, terutamanya bahasa Melayu. Ia paling ringkas dan asasnya terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat baris.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat ialah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya. (Sumber: WIKI)

Bagi memeriahkan lagi sesi di eWorld, MoE ingin menjemput anda untuk mengasah bakat yang terpendam. Penyertaan kali ini lebih santai dan lebih mudah. Para peserta cuma perlu komen sahaja di artikel ini dengan idea pantun anda. Tema pantun adalah berasaskan eWorld. Anda boleh menjual pantun, dan juga boleh membeli pantun, dan mungkin pantun pantun lucu (perlu bersandarkan kepada tema).

Pemenang akan dikira berdasarkan undi vote kepada komen pantun tersebut. Hadiah berupa wang 10k cc bagi tempat pertama, 5k cc bagi hadiah tempat kedua dan hadiah saguhati sebanyak 2.5k cc bagi tempat ketiga hingga tempat kelima.

Syarat-syarat penyertaan adalah mudah seperti di bawah :-
1. Anda adalah warganegara eMalaysia.
2. Pantun perlu 4 rangkap dan berdasarkan tema eWorld.
3. Hanya perlu komen di dalam artikel ini melayakkan anda untuk menyertai.
4. Anda boleh menghantar seberapa banyak pantun, tetapi hanya satu penyertaan terbaik akan dikira.
5. Tarikh tutup pengiraan vote adalah pada 4808 23:59 (erep time) dan keputusan akan diumumkan pada 4809 (harap tiada halangan).
6. Sekiranya terdapat penentuan vote yang sama, pemenang akan dikira berdasarkan hasil seni pantun tersebut.

Contoh pantun 4 rangkap berdasarkan tema;

Ambil ilmu sebelum sailang,
Siapa first hit sebelum berjuang,
Silap langkah SH kan hilang,
Setelah FF banyak terbuang.
Haa masukkk!!!

Segala kemusykilan boleh terus tujukan di dalam komen, tapi soalan dengan vote yang tinggi tidak akan dikira sebagai pemenang, cuma pantun sahaja ya.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah.


Ministry of Edutainment