[MoE] Keputusan pertandingan menulis artikel.

Day 4,804, 19:36 Published in Malaysia Poland by Ministry of Edutainment

Baru baru ini, MoE telah mengadakan pertandingan menulis artikel. Walaupun mendapat sambutan yang agak kurang, mungkin kerana RL. Termasuklah saya juga yang agak lambat dalam menyiapkan keputusan pertandingan tersebut. Sebelum kita pergi kepada keputusan para pemenang, ingin saya kongsikan sekali lagi hadiah hadiah kepada pemenang.

Hadiah tempat pertama
5 gold + 10k cc
Hadiah tempat kedua
3 gold + 5k cc
Hadiah saguhati (tempat ketiga – tempat kelima)
1 gold + 2.5k cc
Saguhati penyertaan berupa 2k cc.

Dua artikel yang telah melayakkan diri untuk menerima hadiah. Manakala peserta lain akan menerima hadiah saguhati berupa 2k cc.

Artikel pertama bertajuk1Malaysia Development Berhad – Intro



Markah keseluruhan : 7.61/10 markah

Komen keseluruhan:
Artikel yang bagus yang menawarkan peluang kepada rakyat eMalaysia untuk mendapatkan ganjaran disamping bekerja. Saya faham rahsia dalam artikel ini mungkinlah rahsia seperti bila boleh dapat ROI. Mungkin penulis boleh keluarkan dalam edisi lain.
Artikel yang padat dan ringkas. Mungkin boleh di kongsi dengan lebih panjang berkenaan cara kerja atau cabaran semasa pelaksanaannya.

Artikel kedua bertajukAchievement Medal Seorang eRakyat



Markah keseluruhan : 8.62/10 markah

Komen keseluruhan:
Satu artikel yang baik dalam mengetahui medal yang boleh diperolehi di erepublik. Cara untuk memperolehnya juga disebut satu persatu. Penulisan yang baik.
Artikel yang lebih santai dan mudah difahami setiap satu isi yang diterangkan dengan lanjut.


Dengan ini, pemenang bagi pertandingan sulung adalah artikel Achievement Medal Seorang eRakyat

Tahniah kepada pemenang. Hadiah kepada pemenang akan menyusul.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah.


Ministry of Edutainment