Puaka dapat dikesan sejak kecil lagi

Day 1,897, 21:53 Published in Malaysia Malaysia by JUJAI23

Selamat hari-hari.

mari kita lupakan sejenak berapa ramai zombie dah keluar dari tanah eMalaysia. siapa naik siapa turun. Gua ada kisah yang lagi menyayat hati.

Baru-baru ni gua mendapat permintaan dari seorang puaka untuk menjenguknya di rumah. Suara dalam telefon macam biasa-biasa je kalau suara dah semput-semput tu risau jugak gua takut dia tengah nazak sorang-sorang kat rumah. Tapi kawan punya pasal gua gagahkan juga diri gua pergi rumah dia,scene nampak mayat tergantung depan mata bila bukak je pintu rumah dah terbayang-bayang kat kepala.

Puaka ni duduk rumah flat,tingkat 20 iaitu tingkat yang paling atas sekali. Oleh sebab itu gua terpaksa menggunakan lif,kalau kenang-kenang balik memang malu brader gagah macam gua ni guna lif. Badan tengah sedap tapi guna lif memang tak elok kalau diketahui umum.

Gua naik juga lif sebab dua benda. Satu sebab faktor kerisauan,cuba bayangkan kalau gua sampai je tengok dia dah berbuih mulut,sampai je hospital dah terlambat,nak-nak pulak kalau doktor tu keluarkan ayat,"kalaulah awak hantar dia ke hospital awal 5 minit,mungkin dia boleh selamat". Mau tiap-tiap malam dia datang kacau gua. Tak sanggup,tak sanggup.

Sebab kedua ialah kerana gua menahan kencing dari dalam kereta lagi. Tahan kencing ni lagi seksa dari tahan tunggu turn pergi haji. Time ni memang satu benda pon tak pikir,kalau makwe ajak bermesra pon ada chance kena sergah saje-saje.

Masuk je pintu lif,ada sorang budak dalam umur 5-6 tahun masuk sekali dengan gua. Boleh tahan comel dan sebab gua memang pesen lelaki yang penuh sifat kasih sayang dan kebapaan gua passing satu senyuman manis pada budak tu.

Tanpa berlengah gua tekan butang tingkat 20,budak tu pulak sambil melompat tekan butang tingkat 18. Baru je lif panjat naik setingkat,budak tu tekan pulak butang tingkat 3,gua biarkan saje,mungkin nak pergi rumah kawan dia kot.

Sampai je tingkat 3,budak tu tak keluar jugak. Bila gua pandang dia,dia buat muka paling inesen kat dunia. Pintu lif tutup je,budak ni dah tekan butang tingkat 5 pulak. Gua dah mula tak sedap hati,dia tak tahu ke gua ni tengah tahan kencing?Dem beteii.

Sampai tingkat 5 sekali lagi dia tak keluar,muka wat bodoh je. Gua dah mula menggelabah bila dia tekan pulak butang tingkat 8. Gua urut dada sambil cakap,"all is well,all is well". Kalau dia tak keluar jugak kat tingkat 8 ni memang gua plan nak hentak kepala budak ni kat dinding lif.

Sampai tingkat 8,budak ni keluar. Gua dah mula tarik nafas lega,tapi belum sempat pintu lif tutup dia dah masuk balik semula. Gua kasi jelingan yang cukup real kat dia dan dia senyum sambil balas pendek,"salah tingkat pulak". Kali ni dia tekan pulak butang tingkat 14.

Time ni gua dah tak nampak raut comel dah kat budak ni melainkan wajah yang cukup sesuai untuk gua carut dan campak keluar dari pintu lif. Sampai je tingkat 14 gua dah berdebar lain macam,berdebar tahan kencing satu perkara,berdebar tengok perangai setan nirojimm budak ni satu perkara lagi.

Gua dah mula pasrah bila sekali lagi dia buat muka rileks dan buat satu lompatan ringkas tekan butang tingkat 17. Bila sampai je tingkat 17 dan dia still tak keluar lagi,gua dah mula meletup dan keluarkan dialog hamun,"woi,ni nak naik tingkat baper ni! tingkat neraka jahannam?"

Paling gua tak boleh percaya dia boleh ketawa sambil pura-pura betulkan selipar. Memang dari tadi pon gua perasan dia pakai selipar terbalik. Bongok punya budak.

Lif panjat naik setingkat lagi,gua dah mula rasa tak keruan.Ni buatnya dia tak keluar jugak memang gua jadi pembunuh hari tu. Gua akhirnya lega lepas dia betul-betul keluar kat tingkat 18.

Bila pintu lif tertutup tak sampai separuh,gua mula tak percaya dengan cara ibubapa didik anak dieorang sekarang bila gua lihat satu tangan kecil masuk dari celah pintu lif




dan tekan butang loceng kecemasan. Jilake Beteii


P/s Mohon mHifzan didik anak dia nanti dengan penuh kasih sayang dan manners.


jilake sejak mhifzan dapat anak n, banyak pulak nasib malang menimpa gua. maybe tuah gua dah trasfer kat anak die kott.

pape pown.. tahniah bro, makin xnampak muka dekat IRC