Gua sebenarnya Power

Day 1,844, 02:57 Published in Malaysia Malaysia by JUJAI23

Sejak dua tiga hari ni kepoweran gua semakin menjadi-jadi. Semua benda gua lakukan secara kemas dan power. Mandi dengan power,zip seluar dengan power,makan nasik dengan power,usha makwe dengan power,dikejar anjing dengan power dan mencarut dengan power. Lebih - lebih lagi Gua undi Lokajaya itu gua rasa dah cukup power dah tuh.. Mana ada orang lain yang sepower gua undi Lokajaya..

Pendek kata,power,power,power..

Sejajar dengan diri gua yang power,gua menyedari sesuatu yang ganjil berlaku di taman perumahan gua. Kutu-kutu yang selalu bersembang dari petang sampai ke subuh dah tak nampak batang hidung masing-masing. Yang masih setia dengan scene bersembang hanyalah makcik-makcik di bawah pokok.

Kalau nak diikutkan,memang gua boleh masuk korum join bersembang dengan hanya membawa bekal cerita Marimar dan Encantadia tapi masalahnya gua khuatir gua akan kelihatan tidak power jika melepak bersama makcik-makcik. Ini tak boleh jadi,gua terlalu power untuk duduk diam tanpa buat sesuatu!

Gua ambil keputusan untuk melepak seorang diri. Ini memang kerja power! Sambil duduk melepak,gua patahkan ranting-ranting kayu yang bersepah di atas tanah. Selepas dipatahkan gua membaling pula ranting itu dengan begitu power. Alangkah powernya jika gua mempunyai seekor anjing,sudah tentu gua dah boleh arah anjing gua ambil semula ranting tu.

Baru sahaja gua nak melepak secara power,gua dikejutkan dengan kedatangan sesuatu. Datangnya seperti awan putih yang berkepul-kepul menusuk hati. Senyumannya pula membawa maksud yang penuh erti. Ucapannya pula tak patut gua nanti-nanti. Dengan power,gua melesapkan diri dengan segera.




Barulah gua sedar rupa-rupanya gua tak berapa power lagi nak handle geng tabligh.