Cerekarama : Mendidik Basri Nordin

Day 2,139, 03:00 Published in Malaysia Malaysia by JUJAI23

Seperti dijanjikan.. Mohon ikut siri ini sebelum aku hilang idea dan minat menulis sekali lagi.




"Sayang... Abang tahu... Abang tahu Sayang. Sayang lebih pentingkan harta benda dan kekayaan daripada Abang kan?" duga Basri Nordin.

"Habis. Abang nak bagi saya makan pasir? Euwww. Setakat kerja cikgu tu... gaji apalah sangat. Saya tak boleh rasa hidup mewah!!!"balas awek Basri Nordin.

"Ayangggggg..." jerit Basri Nordin.

"Kot nak lari pun... jangan laju sangat... jangan... eh.. Ayang terbang? Ayang boleh terbang? Ayanggg... jangan terbang... kalau nak terbang pun, bawalah aku bersamauuuuuuu..." pinta Basri Nordin.

Gedebukkk.

Basri Nordin jatuh katil lagi. Masuk ini sudah tujuh kali termasuk pagi ini. Maknanya sudah seminggu Basri Nordin sudah putus cinta dengan aweknya.

Tambahan pula, dia baru ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman. Jauh daripada ibu kota. Tapi nasib dia baik, sekolah bakal dia mengajar adalah dekat kampung datuk dan neneknya.

"Din... Din... tak bangun lagi ke?" laung neneknya.

Basri Nordin dengan pantas terpacak tegap.

"Alamak... sudah pukul 7 setengah pagi. Mampus aku. Aku kena daftar diri pada pengetua pagi ni," kelam kabut Basri Nordin.

Selepas berperang dengan air perigi, Basri Nordin terus mengenakan baju kemeja. Kemas. Bertali leher lengkap. Kemas. Baju masuk dalam. Kemas. Memang kemaslah senang cerita.

"Mari sarapan dulu cu. Mari. Nenek ada buat karipap ni. Atuk kau dah makan dah tadi sebelum ke kebun," panggil neneknya bila nampak cucunya bergegas keluar daripada bilik.

"Saya dah lambat nek. Saya makan di sekolah je nanti," bilang Basri Nordin.

"Kamu pergi sekolah pakai seluar jeans?"

"Saya tak ada seluar slack nek"

"Lahhh. Kenapa tak beritahu? Nanti nek amik seluar atuk kamu. Elok lagi. Hari pertama tak elok tunjuk rock kamu tu Dinnnn. Tunggu..."

Basri Nordin antara dua. Nak cabut lari ataupun tunggu neneknya....

"Ahhhh..Aku dah lambat nie..Seluar slack dah tentu nak kena seterika dulu..Macam-macam hal pulak la nenek aku nih..%$##$%%*%", getus Basri dalam hati

"Sabar cucuku..Takkan terputus dua sampan di landa gelora, takkan lari gunung di kejar", Nenek Basri bersuara seakan mengerti apa yang terbuku dalam hati cucunya

Basri cuba bermain mata dengan neneknya..Bukan niat di hatinya menggoda neneknya untuk melakukan sumbang mahram atau pun berfantasi yang bukan-bukan..Dia cuma mahu menyampaikan apa yang terbuku dalam hatinya melalui jelingan yang padu..Mulutnya kelu seribu bahasa dek kerana di penuhi 2 biji karipap yang di makan secara membabi buta..Sekiranya tersilap langkah, mungkin Basri akan menjadi korban pertama di sebabkan karipap..Oleh kerana dia mempunyai rekod yang cemerlang dalam kawalan mengunyah, dia masih mampu berdiri..Mungkin janjinya dengan tuhan bukan hari ini..

Neneknya turun daripada bahagian atas rumah dengan rambut penuh bersawang..Bersama neneknya, sebuah kotak berbentuk bintang berbucu enam yang di perbuat daripada buluh dan daun palas..Terpandang saja kotak tersebut, Basri mula menaruh syak wasangka terhadap atuk dan neneknya..Dia cam sangat bentuk dan maksud yang tersembunyi pada bentuk kotak tersebut..Baru minggu lepas dia kena tag dekat note oleh rakan facebooknya..Berjam-jam juga dia habiskan masa menelaah teori konspirasi melalui link yang di berikan..Basri mula meragui keimanan dan akidah atuk dan neneknya..Sungguh tak di sangkanya, agenda freemason sudah sampai ke Malaya seawal kebangkitan nasionalis kaum muda..

"Nek, inikan lambang setan!", Basri mula bersuara

"Waklu!", balas neneknya ringkas sambil meniup-niup habuk pada kotak

"Wah, kemain lagi nek..Nek tau tak bintang bucu enam ada konspirasi di sebaliknya", Basri cuba bermain silang kata dengan neneknya

"Masa atuk kamu buat kotak nih, negara israel tu belum keluar Tv lagi Basri oi..Simpan jela teori konspirasi kamu tu", balas neneknya sambil mencebik muka..Comel.

"Nenek pun main facebook juga..Nenek ada add kamu haritu..Bilanya nak approve?", tambah neneknya lagi

"Nenek pakai nama apa?", soal Basri

"Saodah lentik", jawab neneknya ringkas



bersambung....


- Apakah seluar yang diberikan oleh nenek Basri Nordin
- Apakah Basri sempat sampai ke sekolahnya pada hari itu
- Siapakah yang bakal dijumpai oleh Basri Nordin
- Pesen apakah murid yang bakal diajar oleh Basri

pelbagai persoalan yang bakal disingkap dalam episod kedua Mendidik Basri Nordi sama-sama kita nantikan..